Pages

15.9.24

Kelas Memanah

Bulan Sept ni dah masuk bulan kedua anak sis join kelas memanah. Makin selesa dan nampak improvement bila shoot target. 






Sekarang dengan mak bapak sekali dah terhafal disiplin asas memanah sebab dok dengar coach ulang2 command setiap kali round panahan bermula. 

1. Stance

2. Nocking

3. Pre Draw

4. Pull Draw

5. Anchor

6. Aim

7. Shot

9.9.24

Minggu Adiwira Kerjaya

Sepersalinan baju pilot untuk hari kerjaya yang bertemakan Syarikat Penerbangan. 
Harini bakal-bakal stewardes dan pilot muda segak berpakaian uniform mengikut tema yang dipilih oleh pihak sekolah tahun ini.


Macam biasa baju anak sis beli di Shoppe. Walaupun material dia agak nipis tapi
siaplah masing2 mesti berlengas dalam kelas almaklumlah duduk bawah kipas dengan berpakaian ala kot bagai...
 

6.9.24

Air Kelapa

Dekat area rumah sis, gerai ini menjadi pilihan utama kitaorang kalau nak cari air kelapa. 

Harga sebiji RM5.00 berbanding gerai lain sekitar RM5.50 ke Rm6.00. Penangan zaman sekarang harga serba serbi naik. 

Bagus tauke gerai ni tak kedekut.. mesti penuh dia isi satu plastik air tu. Kalau sebiji tak cukup mesti dia tambah lagi tanpa extra cost. 


Teringat kisah kami terkena food poisoning selepas makan burger bulan lepas. Nasib x baik maybe daging burger tu x ok ke apa. 
Sehari dok keluar masuk toilet muntah2. Masa ni dah set kalau masih tak okey, kena pergi klinik la jawabnya . 
Tapi carilah dulu air kelapa minum buat penawar. Alhamdullilah it's work.. 2 days untuk fully recover. 
Memang mark 'X' untuk gerai burger tu...scaryy!


2.9.24

Congkak

Awal bulan Sept nanti anak sis akan join pertandingan congkak sempena merdeka di sekolah. Gamble je sis register padahal anak sis belum terror main congkak. 

Ni sis belikan congkak nak bagi pendedahan pada anak sis cara permainan congkak. Sempat lagi nak training. 



Dah betul2 pandai main congkak, baru lah yakin nak bertanding nanti. 

1.9.24

Sambutan Merdeka Tadika

Sempena sambutan kemerdekaan dan hari lahir anak2 tadika kelahiran bulan Mei, Jun, Julai  dan August. 

Recycle baju merdeka tahun lepas
Cekak pun guna yang lama
Tudung kuning beli masa sport day haritu
Kos cuma beli dokeh rantai kebaya sebagai accessori tambahan 



Antara juadah pot luck yang disumbangkan oleh ibu bapa.


1. Bihun Goreng
2. Kek Harijadi
3. Creampuff
4. Ayam goreng tepung
5. Makaroni goreng
6. Puding coklat
7. Buah anggur
8. Brownies, mini cupcake, mini tart flavour
9. Chocolate cake
10. Sandwich coklat & strawberi
11. ⁠Air kotak
12. Churos coklat
13. ⁠Jellyball
14. Merdeka cookies
15. Cheese tart
16. ⁠Ayam goreng
17. Agar-agar



Untuk potluck sis bawak kek chocolate birthday, 
Beli di kedai kek Berlys
Anak sis lahir bulan 8 jadi dia salah seorang yang diraikan. 





Goodies bag. Unik kan design cookies merdeka


Anak sis dapat tempat ke 5 costume merdeka terbaik. Tahun ni tadika anak sis peruntukkan 14 hadiah untuk kategori tersebut.