Pages

11.11.26

Kelas Asas Tradisionalp


Pendaftaran bagi Tahun 2027 telah dibuka bagi mereka yang berminat untuk mempelajari Asas Tarian Inang. 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi no tertera di video. 

8.11.26

Happy Deepavali


 🪔✨ Selamat Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya!

Semoga perayaan cahaya ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian, kemakmuran dan kesejahteraan buat anda sekeluarga.

Raikan dengan penuh kegembiraan bersama insan tersayang. ❤️

Outrec Wild Race


Sempena Hari Sukan Negara 2026, ayuh sertai cabaran OUTREC Wild Race di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Oktober 2026.

Pelbagai cabaran menarik yang bakal menguji ketahanan fizikal, mental dan semangat berpasukan.

Penyertaan secara berkumpulan (4 orang), kategori OPEN dan ia adalah PERCUMA! Hadiah wang tunai sehingga RM400 menanti juara.

Berani anda menyahut cabaran ini?

25.10.26

Urut Badan

 

Berbulan sis tak pergi berurut. Badan pun dah mula terasa lenguh-lenguh, terutama kat bahagian bahu dan belikat. Begitulah kalau kerja mengadap laptop. Signal dah keluar tu moh lah kita manja2kan diri sekejap. 

Sis ambil pakej full body massage selama sejam. Dia punya angin sendawa bila keluar adoii lega.. 

Selesai urut minum secawan teh halia panas. Time tu angin kentut meluru keluar.  Hilang rasa lenguh2 badan.

15.10.26

Alert Sistem Amaran Bencana

Telefon Berbunyi Siren Kuat pada 19 Nov?

Jangan Panik! 🚨 Inilah antara sebabnya... 

Jerebu


Barangkali penangan jerebu yang masih belum reda.  Bermula dengan sakit tekak disusuli pula batuk. Sis jumpa doktor tadi dan dapatlah ubat-ubatan bersama MC sehari untuk hari ni. Kita rehat kat rumah, esok sambung keje Work From Home(WFH). 

5.10.26

Tun Dr. Siti Hasmah – Cahaya Dalam Bakti ❤️


Cahaya yang pernah menyinari bakti, kini menjadi kenangan yang kekal di hati.

Malam ini, Majalah 3 Istimewa mengenang perjalanan hidup Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali — seorang doktor perintis, tokoh wanita dan insan yang banyak menabur jasa kepada masyarakat serta negara.

Daripada dunia perubatan, kesihatan awam hinggalah kepada kerja-kerja kemasyarakatan, legasi dan kelembutan jiwa Allahyarhamah akan terus dikenang.

Semoga segala jasa dan bakti beliau menjadi amal yang terus mengalir, dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Jangan lupa saksikan Majalah 3 Istimewa: Tun Dr. Siti Hasmah, Isnin, 5 Oktober 2026, jam 9.00 malam di TV3 atau tonton secara strim di Tonton.

1.10.26

🌙 Hello Oktober

**Bismillah Oktober… 🤲✨**

Semoga October hadir membawa apa yang kita perlukan dan impikan. 🤲✨

Semoga setiap urusan dipermudahkan, rezeki diluaskan, kesihatan sekeluarga dipelihara dan setiap usaha membuahkan hasil yang baik serta penuh keberkatan.

Semoga hati lebih tenang, fikiran lebih lapang dan semangat terus kuat untuk melangkah menuju kejayaan. 🌿

Apa yang sedang diusahakan, semoga dipermudahkan.
Apa yang sedang dinantikan, semoga hadir pada waktu yang tepat.
Apa yang belum tercapai, semoga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. 🤍

Oktober, please be kind to us. 🌸
Bawa lebih banyak rezeki, berita baik, kebahagiaan dan kejutan yang indah.

Bismillah Oktober. Kita mulakan dengan doa, usaha dan tawakal.

🤲 Amin Ya Rabbal Alamin.

30.9.26

Jom Belajar Zapin Tanjung Laboh!


Nak belajar tarian tradisional Melayu sambil berhibur? 🇲🇾✨

Kelas Zapin Tanjung Laboh akan diadakan pada 3 Oktober 2026, jam 8.30 malam hingga 10.30 malam di Kyrana Dance Entertainment Studio, Ampang.

💰 Yuran serendah RM25 seorang

📍 Tempat terhad — jom daftar sekarang!

Ayuh hidupkan seni dan warisan Melayu melalui tarian Zapin. ❤️💃🕺

Ikan Asing: Ancaman Tersembunyi Kepada Ekosistem Kita


Kredit Jabatan Perikanan Malaysia

Jangan Lepaskan Ikan Asing ke Perairan!

Tahukah anda, ikan yang kelihatan unik dan ganas seperti ikan piranha boleh mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik? Jika terjumpa ikan yang mempunyai ciri-ciri seperti dalam poster ini, jangan lepaskan semula ke sungai atau tasik.

Ambil gambar jika selamat, simpan ikan dengan cara yang sesuai dan serahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia untuk pengesahan.

Sama-sama kita lindungi ekosistem perairan Malaysia. Kenali, laporkan dan jangan lepaskan ikan asing ke perairan! 

27.9.26

30 Slogan Pelancongan Menarik Seluruh Dunia

credit Asia Guide 

Setiap slogan pelancongan ada cerita tersendiri. Ada yang buat kita rasa ingin meneroka, ada yang membangkitkan rasa ingin tahu dan ada yang terus buat kita teringin nak kemas beg travel jauh jauh! 

Daripada “Malaysia, Truly Asia” hingga “Endless Discovery” untuk Jepun, setiap negara cuba menonjolkan identiti dan keunikan masing-masing.

Kalau diberi peluang travel sekarang, negara mana korang nak pergi dulu? 🌎❤️

23.9.26

Baucar Kita Selangor


Berita baik buat warga Selangor! ❤️

Baucar Kita Selangor bernilai RM600 disediakan untuk membantu meringankan keperluan asas seperti makanan, perubatan dan pendidikan sehingga Disember 2026.

Jika memenuhi syarat kelayakan, jangan lepaskan peluang ini. Semak kelayakan dan maklumat lanjut sebelum membuat permohonan. 

21.9.26

Karipap

Breakfast pagi ni.. big boss belanja kuih karipap hasil tangan penghuni penjara kajang. Ni dah siap digoreng oleh one of staff yang parent dia keje di sana. 


Alhamdullilah sedap!

Patutlah orang cakap karipap hasil tangan mereka sedap dan padu. Sekali rasa, faham dah kenapa ramai yang suka!

Panduan Mudah Pilih Seat KTM: Cara Tahu Arah Tempat Duduk Supaya Tak Pening Kepala!


Sis plan nak bawak anak2 naik ETS tapi, satu hal yang dok curious pasal kedudukan tempat duduk (seat) dalam train. Risau kalau tersalah beli tempat duduk mengundur mau pening kepala sepanjang perjalanan. 

Rupanya senang je nak semak dan cam arah tempat duduk menerusi aplikasi KTMB berdasarkan kod warna seat. Terima kasih atas pertanyaan dan perkongsian info ni. Senang sis nak buat pilihan dan tempahan nanti. 

20.9.26

Korang Nampak Apa?


Kadang-kadang apa yang kita nampak bergantung pada cara otak mentafsir.

Gunung ke, Grand Canyon ke… tapi gambar ni korang nampak apa? 

Sis nampak kek tiramisu! 🎂

Empty Box

Apa ada dalam empty box? Let's find out! 

Buka Chatgpt/Gemini AI. Upload gambar dibawah ni , the one empty tin box dan masukkan prompt :👇🏻 

"Fill it with things that represent me and color it with my favorite color." 

My result💐 




18.9.26

Tip Pembersihan Rumah DIY


Tak perlu produk mahal! Kadang-kadang bahan yang ada di rumah pun boleh membantu membersihkan pelbagai permukaan.

Jom cuba 4 tip DIY jimat, mudah dan praktikal untuk tandas, perabot kayu, kesan krayon di dinding dan permukaan kaca di dalam bilik mandi.

💡 Tip: Uji campuran pada kawasan kecil dan tidak ketara terlebih dahulu, terutama permukaan yang sensitif.

11.9.26

Prihatin Sempurna SPM 2026


Jom sama-sama kita hulurkan sedikit sumbangan untuk membantu 641 pelajar SMK Putra Perdana sepanjang menghadapi peperiksaan SPM 2026. 📚✨

Sumbangan makanan ini bukan sekadar mengisi perut, tetapi sebagai tanda sokongan dan semangat buat anak-anak yang sedang berjuang mencapai kejayaan. ❤️

Sedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan dipermudahkan segala urusan para pelajar dalam menghadapi SPM. 🤲🏻💙

📅 23 November – 17 Disember 2026
🏦 Bank Rakyat – PIBG SMK Putra Perdana
📌 Rujukan: Makanan SPM


27.6.26

Coolblog

Craving air manis pulak petang ni. 

Jom layan coolblog. 


Gunting Rambut


Serabai dah tengok rambut anak-anak. Ikutkan masing-masing berangan nak bela rambut sampai paras bahu. Tapi selagi bab penjagaan rambut pun liat, malas nak sikat, malas nak syampu dengan betul tipislah harapan nak dapat approval daripada mummy. 🤭

Bagi mummy, potongan paling ideal tetap satu inci bawah telinga. Senang nak sikat, mudah nak syampu, cepat kering dan sentiasa nampak kemas.

Macam biasa, kami setia ke salon rambut ni walaupun sudah beberapa kali mereka bertukar lokasi. Staff pun dah cam muka kami. Itulah yang orang kata, bila dah serasi dengan servis susah nak beralih ke tempat lain.

Alhamdulillah, selesai misi potong rambut hari ini. Total kos RM80. RM25 seorang untuk kanak-kanak dan RM30 untuk dewasa.