Pages

4.9.17

Keropok Rotong

Keropok perisa sotong nie kalau cari kat mana-mana kedai senang betul nak jumpa.
Glamour gamaknya di kalangan pemakan jajan.
Tetapi kalau nak tahu, ada RAHSIA lain disebalik keropok rotong nie. Ceritanya begini...


Sebungkus keropok rotong dibeli oleh daddy adriana. Beria ingatkan untuk dimakan.
Setelah dibuka, boleh dia potong keropok tu menjadi potongan kecil seperti gambar diatas. Garu kepala kejap.. kalau tak dimakan nak buat apa??
Dah tu dibiarkan tidak bertutup semalam dalam bekas supaya menjadi lemau.. erkk boleh gitu..
Tanya punya tanya rupanya nak buat umpan pancing. Tiada campuran bahan lain, semata keropok sahaja yang akan dicucuk pada mata kail.
Boleh ye gitu.. macam-macam idea kreatif jugak ...
Terpikat ke tidak ikan semuanya bergantung kepada tuah dan rezeki.

29.8.17

Sticker Pancing Tackle Box

Hairan pula saya tengok apasal daddy adriana tetiba order sticker bagai nie? Selalu budak-budak yang suka main lekat-lekat sticker sekali bapak budak pun join sekaki apa cerita. Busybody nak tahu sebab macam-macam gambar ada.


Orang-orang kaki pancing jer tahu setiap satu nama-nama dalam sticker. Semuanya jenama-jenama pancing kalau tanya saya krik-krik la jawabnya.


Beginilah hasilnya setelah Tackle Box dihiasi dengan sticker-sticker tadi.  Sebagai dekorasi la sebenarnya takde lah kosong jer rupa Tackle Box tu. Ibaratnya selepas diupgrade barulah nampak berseri.
kami tak jual sticker ini tapi pada yang berminat boleh dapatkan ditempat daddy adriana beli. Cari Facebook  "Jual Sticker Pancing"" atau "Abd  Halim Ismail".

Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Balik dari sekolah adriana 'excited' bercerita mengenai aktiviti yang dia dan kawan-kawan buat dalam kelas hari ini. Seronok katanya buat bendera Malaysia. Bila cikgu adriana 'share' gambar dalam Facebook wow menariklah bila anak-anak ini di beri peluang dari A-Z  bagaimana menghasilkan Jalur Gemilang sendiri.


Bila saya uji adriana mengenai warna-warna jalur gemilang tanpa melihat bendera. Yeayy bagi markah penuh sebab berjaya mengingati kesemua warna dalam bendera Malaysia Merah, Putih, Biru dan Kuning. 



Tak sabar rasanya nak sambut Hari Kemerdekaan bila melihatkan keterujaan anak-anak ini mengibarkan hasil kreativiti mereka. Usaha yang baik dalam menyemaikan sifat sayangkan negera kepada generasi muda ini.

24.8.17

Skim-Skim Inisiatif Peduli Rakyat Selangor

Ramai rakyat Selangor sendiri tidak mengetahui bahawa terdapatnya keistimewaan dari segi bantuan-bantuan yang boleh dimohon untuk seisi keluarga di Selangor . Sila rujuk link yang tertera dibawah untuk keterangan lebih lanjut :-

1. Newborn / Kelahiran : RM1,500 (TAWAS)
http://tawas.org.my/tawas/


2. Nursery Assistance / Penjagaan Anak : RM100  (SI KEMBAR)
http://www.e-sikembar.org/


3. Pre-School Assistance / Pendidikan Pra Sekolah : RM50 (TUNAS)
http://www.e-tunas.org/


4. University Students / Bantuan Pelajar Universiti : RM1,000 (HPIPT)
https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/


5. Skim Pinjaman Pelajaran dan Peduli Siswa (TWKBNS)
http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/program-khas-peduli-siswa


6. Funeral Expenses for Senior Citizens & OKU / Perbelanjaan Pengebumian : RM2,500 (SMUE)
http://e-mesra.org.my/


7. Free Water / Air Percuma : 20m Cube / Month (IPR1)
http://ipr.selangor.gov.my/air-percuma-setiap-bulan/ 


8. Microcredit Business Loans Without Interest / Pinjaman Mikro Kredit Tanpa Faedah : Up to RM50,000 (HIJRAH)
http://www.hijrahselangor.com/


9. Wedding / Perkahwinan  : RM 500 Person (Insentif Perkahwinan)


10. Medical check up for women: (Mammogram)


11. Free SPM tuition/tuisyen SPM percuma: (Pusat Tuisyen Rakyat SPM)


12. Skim Peduli Sihat
Free Health Card worth RM500 (family) and RM200 (individual).


13. Skim Rakan Gombak Medical Center (GMC)
📌 Kad khas untuk pengundi DUN Gombak Setia dan berumur 60 tahun dan ke atas
📌 Dapatkan borang di Pejabat Adun Gombak Setia


14. Program Bantuan Makanan Bulanan (Food Stamp)


15. Khidmat Bas Selangorku PERCUMA


16. Perkhidmatan WIFI Selangorku PERCUMA


17. Skim Rumah Selangorku


18. Bantuan Kesihatan Selangor: RM 5000
Percuma untuk dialisis buah pinggang/ pembedahan kecil/ katarak mata/ kaki palsu/ lain-lain permohonan



19. Program Dana Usahawan Mikro Selangor
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor


20. Program "Blueprint" Pembasmian Kemiskinan Selangor
Bantuan peralatan mesin untuk perusahaan
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor



21. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin
Bantuan bina baru bagi rumah yang daif
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor


22. Program Bantuan Peralatan Nelayan dan Akuakultur Negeri Selangor
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor


23. Insentif Bantuan Haji kepada bakal Haji: RM 500
📌 Hubungi Pejabat Adun atau MBI Selangor


24. Bantuan Sekolah-sekolah Kerajaan Negeri dan Swasta bernilai sehingga RM 50, 000
📌 Hubungi Pejabat ADUN


25. Program Bantuan "Back To School":
📌 Hubungi Pejabat ADUN


26. Program Bantuan Baucer "Jom Shopping Perayaan": RM 100
📌 Hubungi Pejabat ADUN