Pages

22.2.19

Parking Rate CBD2

Sewaktu mula-mula berpindah ke Cyberjaya memang 'happy' sangat sebab parking kat sini banyak gila, lepas tu free ye takde charge sesen pun. Selamat poket dari keluar additional cost. Tapi betullah mana ada benda FREE kat dunia nie.. hangpa jangan mimpi di siang hari la ye. Sekali management building dah mula caj parking kat sini haih ternganga masing-masing dibuatnya


Serius kapitalis punya harga...mujurlah saya car pool dengan suami tapi kesian tau dekat kawan-kawan pejabat saya yang bawa kereta. Satu hal nak keluar 'extra expenses'. Dahlah gaji tak naik-naik..huwaaaa sedih!! Pilihan yang ada hanyalah parking di tepi jalan luar dengan risiko disaman polis atau ditunda MPS. 
Diharapkan management building dapat review parking rate nie kepada kadar yang lebih 'reasonable'. Tak beragak kan nak kaut untung. Bukan nya boleh parking di basement pun..masih perlu parking di open area yang berpanas berhujan. tiada la special mana pun..

18.2.19

Farewell Lunch Suhana

Lagi seorang kawan office nak 'say goodbye'.....
Berkurang lagi sorang staff dalam department kitaorang..komited orangnya dengan kerja...
Kalau dah mengadap PC mak aih fokus gila sampai nak dengar suara dia bersembang mimpilah!
Tapi nak buat macamana rezeki dia dapat 'better offer' sape nak tolak.
Lagi masyuk dari gaji yang dia terima sekarang.. ha gigih kitaorang 'interview' prospek tempat kerja baru dia. hahaha..



'Simple Farewell' tapi harapnya dapat menjadi kenangan buat kita semua
Selamat memulakan kerjaya di tempat baru.. semoga lebih 'success' dan semoga ukhwah yang terjalin tidak terhenti setakat ini sahaja.

25.1.19

ADAM50

Bila adik lahir jer bulan Aug tahun lepas, saya memang dah pasang niat nak buat ASB adik. Simpanan untuk masa depan dia. Senang bila adik nak sambung belajar dah ada duit tak yah loan bagai tapi kalau ada rezeki dapat biasiswa lagi mummy daddy happy.. amin!
Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) dari kerajaan memang bagus untuk anak-anak kecil belajar menabung. Insentif RM200 akan diberikan kepada bayi warganegara Malaysia yang mendaftar, cuma ia tak boleh dikeluarkan sehingga umur 18tahun.

Saya register di Pejabat Pos. Isi sehelai borang dan lampirkan salinan IC ibubapa/penjaga, mykid  dan surat beranak baby. Cuma pastikan ibu/bapa mempunyai akaun ASB sebab ADAM50 baby ini akan diletakkan dibawah akaun bijak/remaja bagi memudahkan 'parents' monitor akaun pelaburan anak.




Cuma sedihnya ADAM50 ni akan berakhir pada 31hb Mac 2019 disebabkan kurang sambutan alahai sayang pada yang tak merebut peluang. Bagi anak-anak yang lahir tahun 2018 masih berkelayakan untuk mendaftar jangan bertangguhlah ye ibu bapa. Sekejap jer tak ambil masa yang lama pun.

4.1.19

Kad Kahwin | Siti

Menarik rekaan kad kahwin yang baru saya terima
Uniknya dengan kehadiran gambar coklat yang menarik perhatian mata saya
Macam mengoda iman kan, terus teringin nak makan coklat bila nampak gambar begini

Tahniah pada pasangan pengantin yang bakal mendirikan rumahtangga Feb depan.
Dua-dua orang Pahang, tak gaduh lah nak balik raya nanti dah satu negeri, rumah pun dekat-dekat lagi. Apa-apa semoga dipermudahkan segala urusan kalian. Dan didoakan juga manisnya cinta yang akan termeterai nanti menjadi lebih erat dan kekal hingga ke jannah