Pages

12.5.22

Basikal Tua

Basikal peninggalan arwah atok sis. Banyak jasa dia masa atok ada lagi memang transport utama 

bergerak kemana sahaja....ke kedai...even masuk kebun getah pun rileks kayuh basikal jauh2.

Kami cucu2 ni kalau balik kampung sakan ajak atok ronda-ronda kampung.. masing2 pakat berebut 

duduk dekat palang depan dengan seat belakang nun. 



Bila tengok basikal tua nie tersadai macam besi buruk alahai datang plak perasaan sentimental


Yelah sis dulu banyak membesar dikampung. Asal cuti sekolah mesti balik kampung.

Tengoklah ada budget teringin nak cantikkan balik basikal tu semula. Pasti menarik rupa basikal ni bila dah segak balik.

11.5.22

Seven Castle Lotus's Bukit Puchong

Alkisah masa bulan puasa haritu jalan-jalan masuk Lotus Bukit Puchong

Niat asal nak cari tudung raya budak2 ni.

Baru melepasi 3-4 kedai tup2 si adik bersuara ... taman mainan... nak pergi taman mainan!

Aisehman tajam plak mata dia.




Oklah sebab tak nak menghampakan hajat anak2, kami decide untuk spend satu jam masa kat sini. Datang2 pun takde orang lain.. line clear memang seronoklah budak2 nak explore segala mainan.






Our teritory. Rezeki datang waktu hari bekerja maka tempat ini kami yang punya. Hahaha.

















Happy gila budak2 ni dapat luang kan masa kat sini. Kena pula timing cantik. Ko nak lari2 sana sini seriusly takde gangguan. Nanti ada rezeki kita datang lagi.

9.5.22

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! Macamana dengan raya terkejut korang tahun ini.

Mesti banyak kisah dan pengalaman lucu serta menarik bukan.

Bagi anak2 sis peluang balik kampung sangatlah dinanti-nantikan mereka. 

Peluang meronda pusing keliling kampung, pengalaman membuat unggun api, menangkap 

belalang/mentadak antara aktiviti yang memenuhi masa mereka di sini





Apa2 pun seminggu dah berlalu dengan pantasnya dah harini semua dah back to routine

Anak-anak dah mula bersekolah, ayah ibu dah mula bekerja

Ayuh kita charge kan tenaga walaupun sisa kelemauan masih tersisa.

12.4.22

Biskut Raya 2022

 Assalammualaikum hi semua. 


Jom order cookies raya dari NF SIGNATURE. 



Boleh start booking order sekarang tau. Delivery start 28/4/22. 🤩


🍪Cornflakes Cookies RM20/sebekas

🍪Rainbow Butter Cookies RM27/sebekas


💥Delivery charge mengikut lokasi💥


Order :


www.wasap.my/60123873690/cookiesraya


www.wasap.my/60172861187/cookiesraya