Sampai dalam pukul 7.45 pagi, dan parking kat dalam kawasan ladang kelapa sawit milik persendirian tapi kena hulur RM2. Kayo tauke nie busuk-busuk dalam 600 kereta sehari kalau sebulan kiralah sendiri yo.. duduk-duduk tunggu kereta masuk duit pun masuk ribu-ribu.
Semua dah sedia untuk mulakan perjalanan. Tak tahulah apakah halangan yang menanti dihadapan sana. Almaklumlah pertama kali jadi redah ajelah.
Penat betul, peluh-peluh dah menjejeh keluar ditambah dengan orang ramai yang berpusu turun dan naik memang kena kuatkan semangat. Kecil besar tua muda semua ada. Oklah ramai yang bertolak-ansur masa nak naik turun dan tak pentingkan diri sendiri.
Jeng jeng cabaran yang seterusnya nak naik bukit ni.. nampak macam senang tapi bila dah naik..rasa macam nak terjun bawah semula.. bukit nie agak berpasir dan sedikit licin mungkin sebab ramai yang naik turun. Saya stuck kat tengah-tengah 2 3 kali juga sebab tak tau nak paut kat mana nasib baiklah encik somi push dari belakang, kalau tak alamatnya jatuh mengelungsur la jawabnya...
Berjaya naik sampai level nie ajerlah, nak naik atas lagi memang kepala lutut dah mengigil. Kira puas hatilah untuk pertama kali mencuba aktiviti panjat bukit nie.
Nie ramai-ramai berkumpul sebab ada seorang wanita terbabas semasa turun dari bukit dan dia terlanggar batu.. scary gila! saya dan encik somi nampak kejadian tersebut dari atas bukit. Lama dia terbaring kat situ, kesakitan yang teramat la kot. Kesian betul sampai kitaorang turun bawah still nampak lagi kesan darah tu dekat batu.
4 orang dari kami berjaya sampai ke puncak tertinggi bukit, ada 4 level kata mereka..
congrate la kat diaorang sebab itu kira pencapaian terbaik jugalah walaupun nampak takut-takut pada awalnya. Sempat juga bergambar kenangan beramai-ramai sebelum ke destinasi yang seterusnya.. Pengalaman yang menarik untuk dirasai oleh semua.