Pages

Showing posts with label sport. Show all posts
Showing posts with label sport. Show all posts

8.4.15

VITAGEN Healthy Digestion Walk 2015

Rindu betul dengan events run dan walk nie....paling favourite "Jacobs Walk of Life"  dulu2 setiap tahun ada, tapi la nie menyepi sudah. Pernah join Tesco Run..Mcdonalds Run... aihh lupa dah apa lagi  tapi dalam banyak2 category me pilih "Fun Run"..paling senang tak perlu nak perah kederat.. kata nak happy2..stresslah nak lari jauh2 sampai 10km....makcik pancit...lagipun gerenti kalah punya ramai terror kot.

Bila nak aktif balik.. kena pikirkan events yang mesra budak2 means ada category untuk diaorang barulah sama2 enjoy! Peringkat umur adriana dah cukup cun boleh libatkan dia sekali.

Standard acara2 gini akan makan masa setengah hari...tapi since ada budak kecik bersama kita tunggu dan lihat lama ke tidak di situ..hahaha

Berminat??Sign Up sekarang  http://bit.ly/VITAGENWalk :)


9.12.12

AFF Suzuki Cup 2012 | Semi Final 1 Malaysia vs Thailand

Pertembungan antara Harimau Malaya dan Gajah Putih malam nie pastinya menjadi tumpuan para peminat sukan bola sepak Malaysia. Thailand dah tentunya bukan calang-calang team, Malaysia please watch out......kerahkan tenaga sehabis daya, team spirit penting hokey supaya tidak dikalahkan pihak lawan....never never hampakan peminat setia korang nie..

Suka tengok status friends di Facebook ngan ayat-ayat hikmah, kata-kata semangat dan gambar live di stadium.. Nampak la excited masing-masing menantikan games malam nie. Terbaik la uols. Cuaca dari petang tadi kurang memberansangkan harap ia tak menjadi halangan dan semua akan bagi sokongan yang terbaik. Moga ada tuah kepada team Malaysia.

Dapat FREE 4 keping tiket tapi tak dapat nak pergi so dah siap-siap sedekah dekat anak buah.... untung la kat dia dan kengkawan....sekeping RM 40 mahal tu.


Nak tengok secara live streaming di RTM, UBN TV. 

All the best HARIMAU MALAYA!!





9.1.12

Futsal Game | Siri 1

Malam ni team somi akan berentap dengan team member dia....starter games untuk 2012.....nama team lawan tak sure sangat tapi kitaorang panggil "Team Amir Extainer"...camner datang extainer tu entah no comment sebab nampak dekat booking records... ..hehehehhe.. me as usual bertindak selaku pencatit gol...

Port Futsal macam biasa ESC Sport Center, Seri Kembangan....ada 4 gelanggang kat sini yang bestnya orang tak ramai so privacy gak lah..takdelah hura-hara bising ke apa.....sore-sore kitaorang jelah yang buat kecoh..heheheh...dan paling untung dapat extra time 5-10 minit untuk main..







Court no 3... segala aksi rembatan akan berlaku disini nanti...tunggu!!





Team sedang melakukan warm-up session.





Preeeeeet..... aksi sepakan bermula. Kedua-dua pihak menerjah pantas ke kawasan lawan masing-masing penuh tenaga.... kiri kanan kiri kanan ehhh naik pening biji mata tengok!! Sebab me pencatat gol yang baik acecehhh kenalah fokus kat games nie..






Kedua-dua team mempunya kekuatan yang seimbang. Sana bolos situ bolos..Kedudukan mata agak rapat antara satu sama lain. Player berganti keluar masuk mengantikan rakan yang kepenatan di gelanggang dan akhirnya masa permainan tamat......kesudahannya...








Yeahhhhhhhh!!!!!

Team kitaorang menang 20 gol berbalas 14



p/s: Team lawan ajak berentap balik...alahh kes tak puas hati ler tu...





21.11.11

Semangat Harimau Malaya

Hai morning semua. Permulaan yang baik di pagi isnin dengan perjalanan yang lancar mungkin sebab cuti sekolah dah bermula..Kalau macam gini selalu memang seronok je nak pergi kerja hari-hari. Tak delah sangkut dek jem memanjang.


Pastinya seluruh rakyat Malaysia sedang berdebar menantikan detik jam 8.30 malam waktu perhitungan terakhir antara Harimau Malaya VS Garuda bagi menentukan siapakah yang bergelar JUARA Pingat EMAS Bola Sepak Sukan SEA ke 26.


Harapan tinggi sedang digalas dibahu Team Malaysia dan semestinya kami seluruh rakyat Malaysia akan memberi sokongan yang terbaik walaupun hanya dari jauh. Wow, semangat semakin meletup-letup tatkala menonton Trailer Final Sea Games Malaysia Vs Indonesia. Saksikan.... Malaysia BOLEH.


Credit: Miloais84 (Youtube)




11.11.11

Sukan Sea 2011




Hoooray cabaran untuk atlit-atlit Malaysia yang sedang berkampung di Palembang, Indonesia sudah bermula. Tahun ini menyaksikan Indonesia dipilih menjadi tuan rumah Sukan Sea kali ke 26 dan Malaysia sendiri telah meletakkan sasaran untuk meraih sebanyak 40 hingga 45 pingat emas. Mampukah target berkenaan direalisasikan.? Sama-sama kita saksikan dengan semangat Malaysia Boleh!!




Biawak Komodo Maskot Sukan Sea 2011
("Modo" & "Modi")





26.10.11

Kecundang Jua

Badan kalau lama dah tak bermandikan berpeluh bila aktif bersukan balik mak aii alamatnya termengah-mengah mintak oksigen. Mulalah tercungap-cungap cari fitness yang hilang... cepat pancit kaedahnya.
Kali terakhir rebut bola sebelum puasa dah berapa bulan tu..cerrr kira.. Ada games baru turun padang, mana lomak tu tak berlumba-lumba naik :p ..hehehe. Jadi terpaksalah terima hakikat bahawa team tuan rumah berjaya menewaskan team pelawat @ team husband me la tu dengan agregrat 17 - 7 . Isshhh malu nya :p














29.7.11

Aksi Harimau vs Singa










Mesti ramai dalam mood kecewa dan sedikit sedih sebab Malaysia kalah di tangan Singapore dengan agregate 6-4 tapi nak buat camno nasib tak menyebelahi kita.... Harimau Malaya pun tak berapa nak auummm la semalam....mengapa?? huhuhu.. Player Malaysia yang paling perform malam tadi Keeper Khairul Fahmi @ Apex dan Safee Sali. Good job guys!




6.7.11

Juara Liga Super 2011

Sudah terang lagi bersuluh.... kemenangan telah berpihak kepada pasukan The Red Warrior dengan menewaskan Sabah 2-1 ...Yeahhh tahniah.....Dah tentu penyokong-penyokong setia negeri Kelantan kala ini sedang tersenyum dengan ceria dan bangga dengan kemenangan ini.


Abdul Hadi Yahya


Manakala penyerang Terengganu Abdul Hadi Yahya berjaya menduduki pencapaian penjaring terbanyak Liga Super sebanyak 20 gol menepis pesaing terdekat Norshahrul Idlan Talaha dengan 19 gol....nasib sungguh tak jauh beza pun itulah dah namanya rezeki.



Norshahrul Idlan Talaha



3.7.11

Berentap Semula

Fuh... perlawanan balas telah di atur gara-gara pihak lawan tidak berpuas hati di atas kekalahan mereka pada games lepas... kekalahan mesti ditebus.... dendam harus dibalas.....ah sudah memandai je me menokok tambah..... hehehe..
Mula-mula plan nak berentap malam jumaat disebabkan court sudah fullbook maka ditundakan pada malam sabtu.. Tak sabar nie.. Kebiasaannya me sorang jer pom pom girl di situ tapi malam ini special sikit sebab ada pom-pom girl Farahzaba yang bakal memberi sokongan padu kepada jejaka di pihak lawan yeahh....
















Games selama 1 jam nampak seimbang antara kedua-dua pihak.. tapi frust skit sebab team yang me sokong nie asyik lepas score ajer.. finishing tarak baik.. Keputusannya team husband me kalah tipis kepada team office me dengan jaringan 7-8...dah 3 minggu tak menendang bola kira pencapaian yang agak baik la kan..erkk baik punya backup...muahaha.



21.6.11

Jacob's Walk of Life 2011

Bila me notice yang event Jacob's Walk of Life 2011 bakal diadakan bulan depan.. yesss sangat teruja sebab me memang follower tegar event nie... 3 tahun berturut-turut me dan husband follow event nie yang penah diadakan di Taman Tasik Metropolitan Kepong, FRIM dan kini kembali semula di tempat yang penah ia adakan dulu iaitu Taman Botani @ Bukit Cahaya Seri Alam.




Tengok map kepada sesiapa yang tak familiar dengan lokasi events. Mudah ajer nak cari.. insyaAllah tak sesat :)



Orait.. kita lihat apa yang bakal berlaku pada hari tersebut... Selalu tak delah nak tunggu sampai matahari terpacak atas kepala.... agak-agak penat dah hilang.. trafik flow dah ok....cabutlah.. mana taknya participant hari itu dijangka dalam 7000 memang masaklah.. :)

So kalau interested nak join cepat-cepat register di Jacob's Walk of Life 2011 sebelum terlambat sebab penyertaan terhad kepada 7000 peserta sahaja.