Pages

28.8.12

Main-main tinggal lagilah tak selamat

Leceh betul Speedmart 99 nie ada ker patut senang-senang jer staff dia soh kitaorang tinggalkan beg laptop dekat kaunter cashier....sejak bila cashier kena jadi jaga beg ye???....ermmmm branch lain rileks jer me bawak masuk bag laptop dalam apasal branch yang dekat rumah nie kereks semacam ek. Papan tanda apa pun tak ada.

Me ngan husband haruslah tak naklah tanggung risiko kang hilang mahu meraung berguling me kat depan pasaraya tu nanti, apa dia ingat me tak sayang kerja-kerja opis dalam laptop tu..... alooo brother kalau diikutkan hati takde kitaorang nak usung ke ulu hilir baik letak dalam kereta jer kan... tapi dah tak selamat apa nak dikata.

Malas nak panjang cerita dengan penat balik kerja lagi, baik keluar pergi beli dekat pasaraya lain lagi bagus.



Contoh rupa bag laptop me. Nak curi barang pun tak muat :p