Pages

16.8.16

Program Qurban Nusantara - Kemboja 1437H


BIT Group Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan Ar-Raudhah, akan melaksanakan ibadah qurban di Wilayah Pursat, Kemboja.  Daging hasil penyembelihan haiwan qurban tersebut selanjutnya akan di bahagikan kepada warga dilingkungan daerah Wilayah Pursat, khususnya untuk golongan yang tidak bernasib baik hidup dalam kemiskinan dan kefakiran.  Sebahagian besar daripada mereka ini tidak mampu untuk menikmati masakan daging kecualilah pada hari raya qurban sahaja. 
Muslimin dan muslimat yang berminat untuk menyertai Program Qurban Nusantara - Kemboja 1437H bolehlah menghubungi nombor yang tertera di atas untuk maklumat selanjutnya.