Pages

26.4.17

Buah Kelubi

Kalau sebut buah kelubi, selalu yang telah dijadikan menjadi jeruk pernahlah saya lihat dan makan, tapi kalau ditanya bagaimana rupa buah kelubi itu sendiri memang krik...krik...krik la jawabnya!

Perhatikan rupa buah kelubi seakan-akan nak sama dengan buah salak cuma saiz buah kelubi lebih kecil dan tiada bulu halus pada permukaan kulitnya.





Alang-alang buah kelubi sudah di tangan, terus saya ambil sebiji untuk mengetahui rasa buah kelubi itu sendiri. Ada yang panggil 'laici kampung' ye, terpinga sekejap mencari kaitan antara kedua-dua buah. Lain kot.

 

Walaupun isinya lembut, sekali gigit dia punya rasa pehh masam teramat okey. 10 kali mengerut dahi pun tak boleh nak gambarkan tahap dia. Gerenti tak akan gigit buat kali kedua.. Surrender you. Baik lah dijadikan jeruk atau asam kelubi baru boleh masuk dek tekak dari makan macam gitu sahaja.