Pages

18.8.17

Tapai Pulut Daun Getah

Wow kegemaran saya ni! Antara tapai ubi atau tapai pulut semestinya saya akan memilih tapai pulut kerana rasanya lebih manis dan lembut lagi-lagi dimakan semasa ia sejuk. Serius boleh mendatangkan sejenis ketagihan dimana payah nak berhenti makan bila dah ngap sekali. Sedap oii.




Dibalut menggunakan daun getah bagi mengekalkan rasa dan aroma. Daun punyalah besar tapi isi ciput manalah nak puas makan seketul kan. Tapi ingat ye pulut tapai nie sejenis makanan yang sejuk dan berangin, dalam beberapa keadaan kalau tak berpada-pada buruk padahnya pada badan.