Pages

Showing posts with label kebun. Show all posts
Showing posts with label kebun. Show all posts

20.9.17

Bunga Telang

Seronok menyembang dengan kawan pejabat yang minat bercucuk tanam nie. Ala-ala kebun kecil di rumah. Topik cerita mesti berkisar mengenai pokok-pokok yang telah ditanam, jenis baja yang digunapakai. Nampak simple tapi benda-benda sebegini penting kalau nak hasilkan pokok yang lebih sihat dan keluarkan hasil yang cantik dan baik. 
Paling best dapat benih pokok baru, untung jumpa jenis yang pemurah. Selalu kongsi biji benih kat orang lain. Yelah dapat banyak bukan semua guna kan. Segan gak kadang-kadang tu dibuatnya.. hehehe.

Biji benih bunga telang. Bunga dia boleh dijadikan pewarna dalam makanan atau minuman terutamanya nasi kerabu. Ada yang makan sebagai ulam-ulaman. Khasiat bunga telang dalam perubatan tradisional tidak boleh dinafikan banyak kegunaannya.
Alamak, baru teringat pasu dan tanah dah habis digunakan. Sebelum nak mulakan projek menanam bunga telang, kedua-dua benda penting nie harus disediakan terlebih dahulu kalau tak macamana nak tanam.

17.4.17

Anak Pokok

Ikutkan saya nak 1 atau 2 anak pokok jer buat tambah tanaman di rumah. Sekali dia bagi 6 anak pokok amboi kak baiknya hati awak. Asalnya semalam kitaorang makan-makan sambut birthday officemate.. tetiba terbuka cerita pasal berkebun. Macam-macam topik akak office, kongsi mengenai penjagaan pokok antaranya guna hampas tea atau kopi sebagai baja. Siram pokok menggunakan air basuhan beras atau air basuhan ikan/daging bagi menggalakkan pertumbuhan pokok.

Ada selom bunga telang, bendi, sawi dan pandan.

Disebabkan saya duduk apartment, balkoni ajerlah kawasan paling sesuai nak tempatkan pokok sayur-sayur berkenaan. Cahaya matahari pun cantik memancar. Berat tanggungjawab nie  nak pastikan anak-anak pokok tersebut  membesar dengan baik. Berbudi kepada tanah insyaAllah pastu hasilnya tidak mengecewakan...


16.2.17

Tempoh Tuaian Hasil Tanaman

Melihatkan kepada trend orang bandar yang semakin rajin untuk menanam sayuran di rumah, sebagai mengurangkan kos perbelanjaan dapur membuat kan saya pun teruja nak mengikut jejak yang sama. 'jealous' hasil tanaman mereka menjadi selalu. 
Untung bila join FB group Kebun Bandar, Otai tak lokek ilmu.. selalu kongsi pengalaman, pandangan dan pengetahuan. Biji benih percuma jer diaorang bagi. Hantar sampul surat dengan setem yang mencukupi jer. Membuatkan minat saya mencucuk tanam tu bercambah-cambah.

Credit Persatuan Alumni Institut Veterinar Malaysia FB

Tapi saya selalu tertanya-tanya waktu yang diambil oleh sesuatu tanaman untuk mengeluarkan hasil. Yelah hari tu semai serai aduh berbulan tapi bercambah...geram dibuatnya. Bila rujuk jadual di atas baru ketahuan belum cukup matang nanti adalah hasilnya...Setakat ini, saya dah berjaya tanam lidah buaya, pokok kari dan serai. Pernah saya cuba tanam pokok cili malangnya kena serangan 'bena' habis rosak pokok cili. Silap jugak sebab tak buat pencegahan awal. 
Target tahun nie nak tanam pokok pandan.....teringin nak tanam pokok limau purut. Nak masak tomyam senang main-main cuit je nanti tapi balkoni kecil simpan hasrat tu dulu..hahaha..



30.12.15

Mini Kebun


Tak tahulah sesuai ke nak sebut mini kebun sebab penghuni dia 'secoit' mana pun hahah. Setakat nie ada penambahan beberapa pokok. Jadi bab-bab penjagaan pokok amat dititikberatkan. Lagi-lagi tang penyiraman air. Pernah haritu masing-masing terlupa nak siram esok hampir nak layu daun dia...sayang kan.
Jadinya lepas balik kerja memang masa paling cun nak siram pokok-pokok tu, ikutlah sesiapa yang 'free'  dia akan buat...saya atau suami. Disebabkan adriana suka betul nak menolong panggil dia buat sekali...alah mummy tahulah niat besar awak tu nak main air sebenarnya kan..hehehe


Inilah barisan pokok-pokok yang berjaya kitaorang tanam. 
1) Lidah Buaya
2) Daun Bawang
3) Daun Sup
4) Halia
5) Daun Kesum
6) Hempedu Bumi - suami saya boleh minum air rebusan hempudu bumi nie...aduhhh pahit kot.. tak faham camner dia boleh tahan....bluweeek! Bila ditanya kenapa minum air rebusan tu bukan ada kencing manis.. jawap dia takkan nak tunggu sakit baru nak minum..Errrk betul juga mencegah kan lebih elok dari mengubati.. 



Bukan tu jer adalah lagi..Pokok Cili dan Pokok Limau Kasturi. Sedang elok pokok cili sedang meriah mengeluarkan hasilnya. Target seterusnya nak cari pokok tomata cherry...geram tengok tomato yang comel-comel gitu...tapi masih survey2 lagi kat mana nak beli.