Gebu gebas uols pau yang saya beli ini. Bukan sebarang pau memang wow size dia sebesar tapak tangan orang dewasa. Serius cakap makan seketul pun dah cukup mengenyangkan perut. Tapi kalau korang sejenis perut kecil disyorkan sharing2 dengan family atau kawan. Potensi membazir tinggi kalau makan tak kuat tapi perasan boleh habis makan sorang2..hahaha
Ni saya bawa mai office kerat 4 pakat2 makan sorang skit. Masuk dalam microvave memang sedap makan panas2.
Antara pau yang ada dijual adalah :-
1) pau ayam telur puyuh,
2) pau daging telur puyuh
3) pau kacang
4) pau kelapa
5) pau kaya
6) pau coklat
Setakat ni saya dah rasa no 1, 3, dan 4. My favourite pau no 2 tapi tiap kali datang habis manjang. Kira puas hati sangat dengan kelembutan pau, isi inti dia banyak. Senang cerita pau pakcik ni ada kelas dia tersendiri. Terus kekalkan kualiti pau nie ye pakcik, dah ramai peminat dia sekarang.