Pages

9.8.21

Magical Water Set Elf Ocean Kids Handmade Art Craft DIY

Kesian pula tengok anak-anak ni ha tak boleh nak bebas bermain diluar buat aktiviti outdoor lagi-lagi dengan peningkatan kes Covid sekarang. Macam biasa selain menghadap kelas PDPR, kita selit kan juga aktiviti indoor bagi mengurangkan rasa bosan. Kebetulan nampak Magical Water Set macam menarik untuk aktiviti indoor diaorang



Beli dua set untuk kakak dan adik di Shoppe. Harga masa promosi 8.8 bagi 1 set adalah  RM9.99 (harga asal RM16.90) dan setiap pakej mengandungi :-

1 x Pack Serbuk Genie (Powder)

4 x Warna Air (Water colour)

3 x Acuan (Mould)



Kena rendam ye serbuk Genie dalam bekas yang berisi air 1000 ml, kami guna botol mineral sukat air tak begitu tepat tapi bolehlah. Sebaik sahaja serbuk Genie larut dalam air aktiviti boleh dimulakan


Sebenarnya warna tu akan keluar sendiri dari acuan tapi disebabkan adik tak sabar dia korek2 bentuk tu, tengok rupa kejadian epal pertama dia.


 kakak kreatif dia campurkan dua warna untuk bentukkan rupa acuan yang lebih berwarna



Seronok sakan merendam tangan sampai kecut, beginilah hasil kerja dua beradik. Habis warna air dikerjakan dua beradik dalam satu sessi sahaja. Nak simpan esok-esok ke memang takdelah.



Alhamdullilah mereka enjoy dengan aktiviti sebegini. 
Kurang-kurang dapat mengisi kebosanan di kala PKP ni