Pages

30.7.23

Kids Baking Class

Haritu ada kelas baking kanak2 anjuran ketua wanita dibuka sekitar rumah, sis apalagi terus register nama anak-anak. Peluang bukan selalu ada, bagus juga untuk isi masa lapang anak-anak.

Fees RM20 seorang, limited 20 orang sahaja 





2 jenis roti yang anak2 sis pelajari dalam kelas iaitu roti teddy bear dan roti sosej

Seronok tengok anak2 belajar ilmu baru pembuatan roti secara praktikal dari cikgu2 yang hebat.



Resepi roti turut dikongsi oleh cikgu roti.
Nanti boleh buat sendiri di rumah dengan parents.

Lembut dan gebu roti dia....tengok anak2 pun happy bila merasai air tangan sendiri. Bayangkan anak punya excited semasa roti tengah dibakar dah sibuk menanya bila boleh makan??

Sambutan yang sangat baik ini membuatkan pihak organizer berhasrat nak buat kelas sebulan sekali.
Belajar buat roti yang lain pula.
Menarik dan anak2 sis on je.

Terima Kasih cikgu ET yang cikgu pembantu yang mengajar anak2 sis dan rakan2 membaking.
InsyaAllah kalau ada lagi kelas yang lain anak2 sis nak join.