Pages

28.9.10

Kosmo Phua Chua Kang Contest Winner

Balik jer rumah petang tadi, tengok atas katil ada parcel. Erk, pelik sekejap dari siapa punyalah sedabak isinya. Punyalah gelojoh terus bukak tak tengok pun siapa sendernya. Ha kau selambak hadiah aku dapat. Rupanya aku menang contest paper kosmo Phua Chua Kang. 1st place lagi tu.
Alhamdullilah. banyak barang diaorang bagi T-shirt, beg, tiket wayang, botol air lepas tu tiket ke taman tema lost of world tambun bukan satu bukan dua TETAPI 8 keping okey!! puas hati betul..


24.9.10

Idea Tanda Arah Jalan




Sedang "mengoogle" dan terjumpa tanda arah jalan ini. Menarik kan.
Mahu propose kepada seseorang harap beliau dapat
merealisasikan idea ini.



23.9.10

Dewan Kahwin

Dewan itu bukanlah pilihan utama aku, kalau diletak dalam ranking mungkin jadi yang terakhir kot tapi disebabkan semua dewan favourite dah penuh. Mana taknya orang dah booking setahun awal. mak aik punyalah awal tu :p. Maka sila akur dengan apa yang ada. Mari kita lihat keadaan dewan tersebut ye kawan kawan :) Dewan MPSJ SS15 yang terletak di Subang Jaya...



Yang nie pulak keadaan dalam dewan, besarnya bersamaan 4 gelanggang badminton. imagine sendiri la ye sizenya :p. Dewan nie ada aircond . Pentas utama pun ada depan sana nun nak letak pelamin bagai. Toilet pun ada, siap jadi pengapit kat depan pentas tu untuk lelaki perempuan. Kalau bilik solat pula ada dibelakang dewan. Secara basicnya semua kemudahan asas tu memang dah adalah. Cuma kalau ada yang nak bertukar persalinan leceh sikit sebab bilik persalinannya ada tapi takde pintu lak..alamak takde privacy la pulak non..


Dari sudut kebersihan dan penjagaaan dewan ni pula memang memuaskan hati sebab dewan ini ada penjaga yang sangat rajin Ada 3 orang yang me sempat jumpa. Hari hari mereka akan sapu, mop dan cuci toilet. Baguskan! Sebarang tempahan dewan kena pergi terus ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tapi kalau nak survey keadaan dewan boleh jer datang sini terus.



22.9.10

Gubahan Hantaran Free

Setakat ini, barang barang hantaran tinggal nak beli set perfume dan jam tangan jer. InsyaAllah bulan nie, dah boleh clear mana yang patut. Cuma barang seperti kek dan buah tu memang last minute items la yang kena beli kan. Dah boleh tarik nafas lega seciput di situ..hehehe!! Aku sebenarnya sedang berkira-kira nak sub jer kat vendor untuk gubah benda-benda itu, malas lah nak pening-pening kepala. Lagipun aku tak kreatif sangat...tak de seni!! Dalam dok mencongak-congak duit yang bakal terbang.. tiba tiba aku dapat satu berita paling best semalam... best sebab ada vendor bakal menaja gubahan hantaran aku nanti yahoooo!!! sebab aku menang giveaway yang dianjurkan oleh pihak penaja iaitu "MyCreativeSpaceBySuhaila".

Kami dah berbincang serba sedikit di email perkara-perkara yang berkaitan, setakat ini alhamdullilah semua berjalan lancar, Suhaila pun nice orangnya.. senang nak berurusan dengannya dan insyaAllah lepas semua barang settle dibeli, aku akan jumpa Suhaila untuk bagi barang supaya beliau dapat memulakan kerja kerja gubahan. Tak sabar pulak rasanya..hahaha!!