Dewan itu bukanlah pilihan utama aku, kalau diletak dalam ranking mungkin jadi yang terakhir kot tapi disebabkan semua dewan favourite dah penuh. Mana taknya orang dah booking setahun awal. mak aik punyalah awal tu :p. Maka sila akur dengan apa yang ada. Mari kita lihat keadaan dewan tersebut ye kawan kawan :) Dewan MPSJ SS15 yang terletak di Subang Jaya...
Yang nie pulak keadaan dalam dewan, besarnya bersamaan 4 gelanggang badminton. imagine sendiri la ye sizenya :p. Dewan nie ada aircond . Pentas utama pun ada depan sana nun nak letak pelamin bagai. Toilet pun ada, siap jadi pengapit kat depan pentas tu untuk lelaki perempuan. Kalau bilik solat pula ada dibelakang dewan. Secara basicnya semua kemudahan asas tu memang dah adalah. Cuma kalau ada yang nak bertukar persalinan leceh sikit sebab bilik persalinannya ada tapi takde pintu lak..alamak takde privacy la pulak non..
Dari sudut kebersihan dan penjagaaan dewan ni pula memang memuaskan hati sebab dewan ini ada penjaga yang sangat rajin Ada 3 orang yang me sempat jumpa. Hari hari mereka akan sapu, mop dan cuci toilet. Baguskan! Sebarang tempahan dewan kena pergi terus ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tapi kalau nak survey keadaan dewan boleh jer datang sini terus.