Event yang ditunggu-tunggu dah pun tiba, saya dan encik somi memang excited nak join sebab ini merupakan event pertama yang kami join untuk tahun 2011. Charity Walk ini atau lebih dikenali TESCO WALK adalah anjuran TESCO yang bertujuan untuk membantu anak-anak di rumah Yayasan Nur Salam supaya kanak-kanak terbabit mempunyai tempat perlindungan yang lebih selamat dan selesa.
Sampai sahaja di sana kereta dah berderetan masuk memenuhi kawasan khas untuk parking. Fuhh..memang ramai yang datang support events ini.
Oleh sebab T-shirt hanya akan diberikan kepada peserta pada pagi event, jadi inilah tempat pertama yang akan diserbu oleh kami. Petugas yang ramai ditempatkan di sini membuatkan perjalanan pemberian T-shirt teratur dan lancar tanpa perlu beratur panjang.
Nasib baik lah ada toilet sementara yang disediakan penganjur, bolehlah tumpang menukar baju sebentar.
Sebelum berjalan sempatlah bersenamrobik dengan senamrobik instructor yang dijemput khas dari sebuah Gym di bangi. Semua dah tak sabar nak start jalan dah nie.. bila kami dilepaskan masing-masing apalagi teruslah berdesup jalan.
Besar betul putrajaya water sport complex nie.. first time menjejakkan kaki kat sini, jenuh la juga dok jalan pusing satu kawasan yang akhirnya membawa juga ke garisan penamat. Tamat jalan dapat sekeping sijil dan slip goodies bag yang perlu ditebus di booth goodies.
Peh.. inilah benda yang dicari-cari selepas kelelahan berjalan. Macam-macam jenis air ada 100 plus ( tiga-tiga perisa ada - lime, tangerin, biasa), ribena, coklat dan mango.. memang kenyang air jelah.
Peluh dah hilang, penat dah kurang. satu lagi aktiviti yang tak boleh miss. Dari tadi dah aim booth nie.. orang dok kerumun jer.. Tak boleh tahan dok tengok dari jauh je.. Jeng jeng jeng!!
Yang menariknya, kalah ke menang ke mesti dapat hadiah punya..... rugi lah kalu tak singgah ke booth Games.. Habis semua games kami try..nampak macam senang tapi bile cuba boleh tahan payah.
Yang menariknya, kalah ke menang ke mesti dapat hadiah punya..... rugi lah kalu tak singgah ke booth Games.. Habis semua games kami try..nampak macam senang tapi bile cuba boleh tahan payah.