Pages

30.3.11

Hadiah Contest

Saya ni memang kaki contest.. asal nampak jer borang contest depan mata tak kisahlah di online, majalah atau suratkhabar kalau boleh join memang tak lepas peluang punya. Kalah menang belakang cerita, cuba tetap cuba :)
Adalah contest yang saja suka-suka hantar sekali menang lah.. Contest "Big Mommas: Like Father, Like Son" yang saya join di Vision KL telah menjadikan saya pemenang di tempat kedua yang membawa pulang hadiah dibawah iaitu sehelai T-shirt dan 4 keping tiket Wayang filem Big Mommas. Boleh tengok FREE nie..



Bukan itu sahaja, nampaknya ada rezeki menang CD BURLESQUE, dapat 2nd prize jugak.. yang nie contest dalam paper UTUSAN.
Tapi sebab tak berapa minat dengan lagu-lagu dalam CD nie maka saya hadiahkan jer dekat budak opis. Daripada tersimpan jer baik bagi orang lain dengar.