Pages

3.5.13

Info Proses Dalam Bilik Mengundi

Hari mengundi makin dekat, mesti ada yang tak sabar nak memangkah calon yang menjadi idaman hati setelah sekian lama mencongak-congak...cewah. Ramai yang pertama kalinya mengundi.. uishh 1st time experience mesti dok terbayang-bayang bagaimana suasana hari mengundi... susah ke senang nak undi nie???. macam-macam persoalan kan. Ala semua tu me dah lalui dulu, ingat susah mana rupanya sekejap je proses dia.
Grafik dibawah menunjukkan situasi yang uols bakal lalui ahad nanti. At least dapatlah gambaran ooo cam gini rupanya nak undi. Dulu me sempat usha orang depan apa yang dia buat almaklumlah time tu tak jumpa grafik punya cantik gini so agak blur-blur di situ..hahahaha.


 Credit BH

Kad pengenalan diri jangan lupa dibawa, penting tu kalau tak melepas peluang mengundi. Pilihlah calon yang uols rasa boleh bekerja untuk rakyat dan negara, undi pada betul yang betul...nanti undi rosak rugi tau! Seeloknya datang pagi tapi kalau uols jenis yang tak suka bersesak waktu tengahari cantik dah timing tu. Janganlah tunggu petang baru nak datang manalah tahu cuaca mendung hujan ke apa kan leceh....okey, selamat menunaikan tanggungjawab kalian!





No comments:

Post a Comment

My HeartBeat