Pages

22.4.15

Kaji Selidik KWSP

Ingatkan bila cadangan KWSP nak up kan umur pengeluaran dari 55 tahun ke 60 tahun di bantah bulat2 oleh pencarum issue tersebut reda yelah dah orang ramai tak setuju.. Tup2 keluar pula 4 inisiatif penambahbaikan...ishh ada2 jer.

Pilihan 1
Memberi pilihan terhadap penyelarasan umur Pengeluaran Penuh dengan Umur Persaraan Minimum yang ditetapkan Kerajaan. Tiada perubahan dibuat terhadap pengeluaran pra-persaraan


Pilihan 2
Penyelarasan amaun caruman minimum berdasarkan Gaji Minimum yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan


Pilihan 3
Melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 sehingga 100 tahun


Pilihan 4
Memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim simpanan persaraan sedia ada. Ahli boleh membuat pilihan untuk bertukar kepada simpanan persaraan patuh syariah apabila ia diperkenalkan kelak.
Waduh..awat kalut2 KWSP nie.....kekalkan pengeluaran umur 55 tahun sudah.. Pandai2lah pencarum2 handle duit diaorang sendiri. Hasil titik peluh bertahun2...jenuh tunggu. suka2 ajer nak extend 5 tahun. Semestinya masing2 ada planning tersendiri. entahkan nak pergi haji ker..melancong...manalah tahu. 

Sesape yang ada i-akaun tu jangan lupa jawab soal selidik kat website KWSP.. nyatakan pendirian anda...kalu boleh tinggalkan kata2 azimat kat bahagian komen tu.. Duit pencarum Hak Pencarum.


1 comment:

  1. lama plak bila nak kena tunggu 5 tahun lg tu kan..

    ReplyDelete

My HeartBeat