Pages

3.2.16

KWSP Potongan Caruman

Antara intipati Pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentangkan Dato Najib hari tu, terdapat satu perkara menjadi hot topik dikalangan pekerja swasta yang ada caruman KWSP.

# Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016 sehingga Dec 2017. Walaubagaimana pun caruman majikan dikekalkan. Langkah ini dijangka meningkatkan perbelanjaan swasta sehingga 8bilion ringgit setahun.

Nak kekalkan 11% atau kurangkan 3% ?? Ada pro dan kontra dia. Bila caruman kurang, orang boleh berbelanja lebih...dapat tingkatkan ekonomi domestik secara tak langsung. Tapi perlu diingatkan KWSP adalah simpanan hari tua...kepentingan masa depan bila dah bersara nanti
Berikut adalah pautan Borang KWSP17A Khas 2016.



SOALAN-SOALAN LAZIM

PENURUNAN KADAR CARUMAN BERKANUN SYER PEKERJAMULAI UPAH/GAJI MAC 2016

1          Apa yang dimaksudkan dengan penurunan kadar caruman syer pekerja yang diumumkan oleh kerajaan pada 28 Januari 2016?

Ia adalah pengurangan kadar berkanun bagi syer pekerja mulai upah/gaji bulan Mac 2016 (Caruman bulan April 2016) hingga upah/gaji bulan Disember 2017 (Caruman bulan
Januari 2018).

2          Mengapa berlaku penurunan kadar caruman KWSP syer pekerja?
Ia selaras dengan Pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari 2016.

3          Berapakah penurunan kadar berkanun syer pekerja?
Penurunan kadar berkanun ini melibatkan dua kategori pekerja seperti berikut:-
a)   Pekerja/ahli yang belum mencapai umur 60 tahun
Penurunan kadar caruman syer pekerja sebanyak 3 peratus daripada 11 peratus kepada 8 peratus; tertakluk kepada Jadual Ketiga Pindaan 2016.
b)   Pekerja/ahli yang telah mencapai umur 60 hingga 75 tahun
Penurunan kadar caruman syer pekerja sebanyak 1.5 peratus daripada 5.5 peratus kepada 4 peratus; tertakluk kepada Jadual Ketiga Pindaan 2016.

4          Di mana majikan/pekerja boleh merujuk Jadual Ketiga Pindaan 2016?
Jadual Ketiga Pindaan 2016 yang baharu boleh diperoleh dari laman web KWSP www.kwsp.gov.my mulai 16 Februari 2016.

5          Bilakah tempoh kuat kuasa penurunan kadar ini?
Mulai upah/gaji bulan Mac 2016 (Caruman bulan April 2016) hingga upah/gaji bulanDisember 2017 (Caruman bulan Januari 2018).

6          Adakah syer majikan diturunkan?
Tidak. Kadar caruman syer majikan kekal pada kadar semasa.

7          Bolehkah pekerja/ahli mengekalkan kadar caruman syer pekerja semasa?
Boleh dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas2016) iaitu Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) dan perlu dikemukakan kepada majikan untuk
pengesahan sebelum diserahkan kepada KWSP.

8          Di mana Borang KWSP 17A (Khas2016) boleh diperoleh?
Borang boleh diperoleh dari laman web KWSP www.kwsp.gov.my mulai 2 Februari 2016.

9          Dimanakah majikan/pekerja boleh menghantar Borang KWSP 17A(Khas2016)?
Borang boleh dihantar ke kaunter atau di pos ke mana-mana pejabat KWSP Cawangan.

10      Bolehkah pilihan ini dibatalkan setelah pekerja/ahli mengemukakan Borang KWSP 17A (Khas2016) kepada KWSP?
Tidak. Pilihan tersebut terpakai untuk tempoh upah/gaji bulan Mac 2016 (Caruman bulan April 2016) hingga Disember 2017 (Caruman bulan Januari 2018).

11      Bagaimana pilihan ini boleh terbatal?
Ia boleh terbatal dalam keadaan berikut:
a. mulai upah/gaji bulan Januari 2018 (caruman bulan Februari 2018);

b. pekerja/ahli bertukar majikan.

Setiap orang ada kepentingan dan keutamaan yang tertentu.. jadi berkira-kira la  mana yang terbaik untuk diri sendiri. Macam officemate saya ramai yang memilih  untuk kekalkan 11% kata mereka anggap macam ''force saving''  lagipun tak banyak beza lebihan yang ada kalu kurangkan 3%...


No comments:

Post a Comment

My HeartBeat