Pages

5.2.16

Roselle Kering

Roselle merupakan tumbuhan herba yang kaya dengan anti oksidan.
Terkenal kerana ia mempunyai kandungan vitamin C, mineral dan serat yang memberi manfaat yang baik kepada tubuh badan manusia.

Khasiat Roselle
  • Roselle kaya dengan vitamin A, Beta Karotina dan C, mineral (potasium dan kalsium)
  • Roselle mampu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.
  • Roselle mengandungi banyak asid organik iaitu asid yang sangat berguna kepada manusia sebagai sumber tenaga
  • Roselle membantu menyeimbangkan berat badan
  • Roselle boleh menyekat pertumbuhan kanser
  • Menurukan darah tinggi
  • Menurunkan paras gula dalam badan bagi pesakit diabetis
  • Mengurangkan sakit kepala/migrain
  • Membantu memulihkan ketagihan dadah
  • Membantu meningkatkan stamina badan
  • melancarkan proses penghadaman
  • Mengurangkan kadar penyerapan alkohol.
  • Baik untuk ginjal
  • Memulihkan penyakit kulit
  • meredakan gigitan serangga
  • Boleh menapis racun dalam tubuh badan
  • Membantu proses metabolisme biasa dalam badan manusia serta proses pengoksidaan enzim dalam hati yang bertindak melindungi tisu-tisu hati dan jantung.

Ada member bagi roselle kering untuk dicuba
Bila dihidu macam bau asam keping pun ada hahaha..
Nak cuba ke tak ni?? 
Tengok senarai khasiat yang bederet-deret tu, rugi kot kalau tak dicuba
kalau dapat diamalkan lagi la bagus...


Sebenarnya saya dah pernah minum kordial roselle.. not bad! sangat sedap dan menyegarkan bila diminum sejuk..

Rendam beberapa kuntum roselle kering di dalam air panas sehingga kembang beberapa seketika..disebabkan roselle nie ada rasa masam letak sedikit gula untuk lebih umpphh..


Sedia untuk diminum :)