Pages

12.2.16

Gelas Besar Border's Tea

Tengah trending kat Malaysia dengan "Air Gelas Besar''
Tak susah nak cari sebab merata-rata orang jual.....benda tengah hangat di pasaran kan.
Semua nak ambil peluang cari rezeki ye tak..
Terpesona kot dengan keunikan gelas besar yang penuh berisi ais dan air nie..
Dengan bermacam-macam perisa lama-lama tengok mau cair dibuatnya..
Orang lain beli awak pun terikut nak order satu....padahal saya bukan minum ais sangat..hehhe
Seesekali nak cuba air fenomena apa salahnya kan..

Saya beli chocoberry (chocolate campur strawberry).. harga rm6.50 mahal sedikit berbanding perisa lain RM5.50 sebab campuran dua perasa. 
Sedap, walaupun pekat rasa dia tak terlalu manis. bolehlah nak layan lagi lepas nie oppss ada hati tu.. Dengan size yang besar memang ambil masa nak habiskan.. jenuh mak aih! Siapa tak kuat minum sila kongi bersama-sama ye.. Bukan apa elakkan pembaziran..