Pages

22.4.16

Nasi Kak Wok

Sana sini orang bercerita perihal Nasi Kak Wok.
Ikutkan popularitinya seperti mengalahkan artis terkemuka tanahair.
Baca feedback banyak yang positif dari pelanggan-pelanggan yang dah merasai keenakkan nasi putih berlaukkan ketulan ayam goreng yang disirami gulai lemak dan sambal belacan.
Tapi merata tempat banyak yang menggunakan nama Nasi Kak Wok, tak pasti ada kaitan antara satu lain. macam kat Cyberjaya pun ada seketul.

Haritu kawan saya belikan kitaorang nasi kak wok. Terus ordel sebungkus.. Yelah asyik dengar komen-komen orang tekak sendiri pun nak merasa kehebatan nasi kak Wok.

Nasi Kak Wok Bandar Saujana Putra mari..
Harga RM5.00 sebungkus
Alhamdullilah kenyang sebab portion dia banyak cuma kuah dia kurang kick... lain tempat mungkin lain rasanya...kena singgah baru boleh bandingkan mana tempat yang paling umpph . Istimewanya nasi kak wok ia boleh dimakan pada bila-bila masa tak kira pagi atau petang..

1 comment:

  1. hyeee..salam jumaat :D akhirnya dapat juga Syira Lokman blogwalking sekejappp ! saja jenjalan tengok entry baru tuan blog and nak doakan supaya berjaya dunia akhirat ye :) tulis yg baik2 oke ^_^

    ReplyDelete

My HeartBeat