Pages

13.5.16

Nasi Ayam Cincang @ Nasi Mmanggey

Kalau melalui Bukit Puchong.. jom ke Restoran Warung Cikgu yang terkenal dengan masakan nasi bungkus ayam cincang atau nama lainnya nasi mmanggey. Tengoklah queue dia punyalah panjang. tapi masing-masing rileks jer menanti giliran. Pemandangan yang biasa kot lagi-lagi waktu lunch.


Kuat betul daya tarikan Nasi Ayam Cincang @ Nasi Mmanggey, meriah dengan pelanggan-pelanggan dia yang datang dari pelbagai kaum. Sekali beli memang berbungkus-bungkus tapi kecekapan pekerja-pekerja kat sini yang pantas melayan pelanggan berbaris tu terasa kejap jer.



Nasi ayam cincang @ nasi mmanggey yang simple.. ada nasi putih, gulai bersama ayam goreng rempah yang telah dicincang kecil-kecil. Nak pedas2 sila ambil sambal belacan sekali.. sungguh menyelerakan.


Nak extra kuah dan sambal. Jangan malu-malu boleh request dengan lapang hati akan dipenuhi :)

Jemput makan ye..sambal dia alamak pedas melantun2 tapi combinasi nasi dan gulai memang layan. Patutlah orang berduyun datang..
Alamat Restoran Warung Cikgu -> 1, Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong
Lokasi dia agak ceruk tapi parking senang dan mudah



No comments:

Post a Comment

My HeartBeat