Pages

2.6.16

Sue Tuya Shell Out

Alang2 dah berhujung minggu kat rumah mak abah, adik saya ajak kitaorang dinner diluar. Nak mencuba satu restoran "Sue Tuya Shell Out'' yang baru di buka dekat Subang Bestari. 
Sampai2 jer tengok customer yang singgah makan boleh tahan ramai. Alamak macam terpikir ada ke meja kosong lagi nie?? Lagipun diaorang tak de sistem booking, walk in terus kalau nak datang makan.
Bila diperhatikan makan style gini jaranglah customer nak lepak lama2. Once dah siap makan, basuh tangan siap2.. semua terus bangun balik tak de nak sambung borak lama2 kat meja.

Sebut 'Shell Out' semua orang tau sah2 makanan laut. Mengenai harga dan set menu yang ditawarkan boleh rujuk menu bawah ye:)


Senarai minuman seperti berikut. Ada banyak pilihan samada panas mahupun sejuk


perut dah lapar keroncong nie..tak sabar nak meratah hidangan di depan mata . Memandangkan abah pengemar ketam kitaorang order 2 set ketam lagi..

Jom makan! Oii ketam dia gemuk2 uols, jenuh nak gigit lagi2 tang kaki dia, mintak penyepit ketam kat pekerja restoran yelah senang skit nak buang kulit dari guna gigi. Rupa-rupanya banyak penyepit ketam yang hilang tak dapat dikesan.  Opps  ada yang bawak balik tanpa sengaja ke apa??
Kesian tauke hampir 2 tray penyepit lebur dari simpanan. Hai terpaksa la kitaorang uji kekuatan gigi malam nie..hahaha


Rasa nak repeat lagi sebab kami sekeluarga puas hati dengan makanan, layanan dan service diaorang. walaupun ramai pelanggan yang datang pada satu2  masa, tempoh menunggu makanan dan  minuman untuk sampai dimeja tak der lama. 

Total semua dalam rm165 dalam 9 orang makan. Harga tak mencekik darah kan. Mungkin itu antara faktor penarik pelanggan datang ke Sue Tuya Shell Out. Masa keluar dari situ tu.. puhhh boleh nampak lagi betapa ramai  yang sedang menunggu meja2 kosong. Waktu operasi dari selasa - ahad (isnin tutup) bermula jam 5 pm-12pm