Pages

27.5.16

Hari Sukan Taska

Adriana dah 3 tahun tahap wajib kena masuk sukan tahunan taska. Alang2 kasut sukan takde kita cari sepasang untuk dia biar berkobar-kobar semangat kesukanan tu. Budak2 kecil bukan dia tau pun makna kalah menang yang penting depa enjoy!
Riuh-rendah betul dewan dengan suara anak kecik ini tatkala berkumpul, lagi2 melihatkan ada tak boleh nak lepas dari pangkuan mak bapak termasuklah adriana.



Mulalah air mata berlinangan. Menangis2 juga tapi tetap mengikut arahan cikgu suruh berbaris. Dari jauh mata tak lepas pandang mana mummy daddy dia berada. Mula2 buat perangai lepas tu perlahan2 beransur tenang tapi muka masam yang amat. 

Pengerusi majlis memulakan ucapan alu-aluan. Tengok anak2 kecil membaca doa, menyanyi dan menari senamrobik menarik perhatian ibu bapa.. tapi alamak adriana terlindung balik kawan dia pulak..



Sukan Taska ini melibatkan umur dari 3-5 tahun.. tapi acara mengikut peringkat umur....macam adriana dia masuk jalan keretapi berkumpulan. Bravo sayang.. dengan cemerlangnya sampai ke garisan penamat. sempat tu usha mummy daddy dia!


Mana2 pergi tetap cari bff susu botol dia. Masa nie tengah tunggu umur 5 tahun abiskan acara diaorang. Mak bapak dok pakat serbu anak masing2..


Standby untuk penyampaian hadiah.. Patutnya kena duduk dalam barisan kumpulan umur 3 tahun tapi selamba jer duduk dengan kakak2 abg2 umur 5 tahun..


Yeayy, seronoknya dia dapat hadiah sebab menang no 2.. senyum tak putus2 dalam kereta pun dok genggam hadiah dia..
Lega rasanya tengok adriana dapat habiskan sukan dia sebaiknya walaupun awal2 tu dari dalam kereta dah mula cengeng... tak nak pakai kasut sukan.. tak mahu tukar baju sukan lepas tu epanjang jalan nak berdukung..Tahun depan acara baru dengan umur baru..



2 comments:

  1. Salam..Mmg best tgk sukan bdk2 tadika...dan pastinya yg paling meriah!!

    ReplyDelete

My HeartBeat