Pages

7.4.18

Minum Air Gula

Tak boleh nak 'imagine' macamana rasanya minum air gula nanti. Terkena jugak atas faktor umur, memang tak boleh lari dari menghadap Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) walaupun BMI masih dalam kawalan dan tiada sejarah penyakit kencing manis dalam keluarga.
Appoinment dah 'diset' seawal 8 pagi dan no saya dipanggil sekitar pukul 8.30 pagi. Sebelum minum air gula, nurse akan mengambil sampel darah pertama. Disebabkan urat-urat di lengan saya halus, cubaan kali kedua masih tak berjaya terpaksalah 'sister' mengambil alih tugasan tersebut. Bertabahlah tengok pelipat lengan bengkak dua tiga hari.
Dup dap dup dap jantung nie bila nak 'pickup' gelas. Usha la kejap kot2 ada yang terkurang isi tapi nan ado sama je level dia. Bila air gula dah lalu kat tekak, pada saya tidaklah semanis seperti yang digembar-gemburkan orang. Tapi bila menghadap air segelas dalam keadaan perut kosong perasaan nak muntah memang terlintas sesekali. Terus tarik nafas rileks .. take your time beb!Yeayy, akhirnya dalam 3 kali teguk saya berjaya habiskan air gula nie.. Bertahan ye jangan muntah..karang naya nak repeat tak sanggup!!
Belum boleh makan minum lagi ye, puasa lagi 2 jam. Sessi berpuasa sebenarnya bermula dari pukul 10mlm -10 pagi. Alamak tak dibenarkan balik, melanguk la dalam klinik 2 jam lagi sementara nak tunggu sampel darah untuk bacaan selepas minum air gula.
Dengan perut yang lapar ditambah keadaan klinik yang riuh-rendah dengan orang, memang tak tenang nak berehat dengan aman jadi curi-curilah rehat dalam kereta sementara menanti nombor giliran dipanggil.
Dah settle semua proses barulah boleh makan macam biasa.  Lega giler dekat pukul 11 pagi baru nasi masuk perut. Tak settle lagi azab minum gula nie tunggu ada satu lagi session masa kandungan 7 bulan.. huwaaaa!!