Pages

26.3.23

Beli Buku Sekolah

Jom ke Pustaka Rakyat Putrajaya sis mencari buku latihan/kerja untuk anak
Kami delaykan pembelian sebab tahun 2023, 1st week budak2 sekolah tak belajar lagi
sebaliknya mereka akan penuhi minggu tersebut dengan aktiviti kesenian/kraf dan keceriaan.



Dah siap ada senarai buku sekolah yang berada sekitar Putrajaya dan Puchong incase ada parents yang perlukan rujukan.



Naik je level 1 sudah ada staff2 yang sedia membantu. Serahkan list pada mereka zap zip zap mereka akan kumpulkan buku2 yang diperlukan. Kita tinggal tunggu di tepi sambil2 tu tinjau2 la bahan bacaan lain sebab si adik dok minta buku..



Masa kami datang ni crowd tak ramai. Tak perlu nak beratur panjang dan menunggu lama. Nak bayar pun kaunter banyak jadi proses pembelian buku sangat2 lancar.



Ada orang suka pembelian secara online. atas faktor kekangan masa, lokasi dan sebagainya. Tapi sis masih memilih cara konvesional ada human interaction gitu. 


Buku dah beli. Balik nanti semua buku kerja perlu dibalut nak elakkan sebarang kerosakan. Sayang buku kan
dan tugas membalut tu dah tentu2 nya sis serahkan pada daddy diaorang..:p