Pages

15.3.23

Karnival Mini Cuti Sekolah

Program minggu lepas, bawak anak2 sis dan sepupu mereka join aktiviti Karnival Mini Cuti Sekolah di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam. Plan awal masing2 semangat nak belajar kelas robotik tapi apakan daya sampai2 je penyertaan dah penuh. Kuota limited untuk 15 orang sahaja.



Alternatively ada outdoor activity Urban Farming. Menarik juga apabila anak2 ini diberikan pendedahan mengenai cara2 menanam keratan batang bunga di dalam pasu.



Staff2 Perpustakaan Selangor yang supportive, mesra dan ceria melayan gelagat para peserta.



Semoga pokok2 bunga ini akan tumbuh dan membesar dengan jayanya. Siap dapat goodies bag yang berisi roti, air kotak dan biskut.


Sepanjang cuti sekolah sehingga 19 Mac pelbagai program yang boleh disertai oleh anak2 yang berumur 5-17 tahun bergantung kepada jenis aktiviti yang ada. Boleh refer Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor untuk next aktiviti.
Fees untuk join setiap session pun reasonable. 


Sebab budak2 ni enjoy dengan aktiviti pagi tadi. Kita continue dengan sessi petang. Aktiviti berkumpulan Treasure Hunt. Memang tak kering gusi melihat aksi anak2 dan ketua kumpulan iaitu staff Perpustakaan sendiri menyiapkan tugasan masing2.


Tiada mana2 group dinobatkan sebagai pemenang sebab matlamat aktiviti nak berikan anak2 ini pengalaman dan wujudkan sikap kerjasama dan semangat berpasukan sesesama mereka.


Cocktail time. Anak2 dibawa ke dalam bilik aktiviti untuk belajar cara2 buat air cocktail. Yummy...
Alhamdullilah.. anak2 sis dan sepupu mereka sangat enjoy dengan program ini. Terima kasih Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor .