Pages

12.8.10

7 Eleven Community Care

Anda menyumbang, Kami edarkan! Begitulah bunyi kempen "semurni kasih ramadhan 2010" yang baru bermula hari ini oleh 7 Eleven ♥ Tujuannya adalah membantu pusat-pusat kebajikan yang berada di seluruh malaysia termasuk Sabah Sarawak nun.

Setiap negeri berbeza lokasi pembahagian barangannya, contohnya di selangor penerima-penerima yang akan menerima barangan yang dibeli oleh korang adalah Rumah Insaniah, Rumah Anak-anak Yatim Taman Baiduri, Persatuan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal. Boleh rujuk di SINI untuk maklumat lanjut!



Kalau korang nak support kempen 7 eleven ini mudah sahaja, pergi ke 7 eleven yang berhampiran dengan lokasi, beli barang yang dirasakan sesuai untuk didermakan atau boleh ikut 10 barangan yang telah dicadangkan dalam jadual seperti tepung, susu UHT, gula, garam, biskut dan snek, minyak masak, beras, air mineral, minuman segera, kicap dan sos. (berbeza mengikut lokasi).

oh ye, Kempen ini berjalan sepanjang bulan sehingga 31 aug, panjang masa lagi tu. Jadi kepada rakan-rakan semua, Selamat menyumbang dan selamat beramal . Selamat berpuasa..