Pages

26.10.15

Projek Balkoni

Idea nak berkebun nie saya set nak buat masa awal2 pindah rumah...semangat  ke arah menghijau bumi..amboi azam tak boleh blah..hahha
Tapi tup2  perlaksanaannya agak perlahan macam kura2 merangkak... dua bulan terlajak dari landasan ..huhuhu... mana taknya kena tunggu weekend baru bergerak mencari barang2...kdg2 ada hal lain so tak boleh buat apa...drag lagi..takpe2 rileks tak lari gunung dikejar...:)
Ruang balkoni apartment saya agak  terhad nak tanam macam2 pokok....target tanam pokok2 sayur yang comel2, jer....bila nak guna main2 petik2 jer kat luar rumah haaa tak ke menyenangkan kerja...i like!!


mula2 tanam anak pokok lidah buaya...pacak keratan pokok daun sup... cucuk cili padi dalam tanah sebagai percubaan.. nak test serasi ke tidak tangan tu.. orang tua2 kan kata kalu tumbuh elok bolehlah nak jadi penanam pokok yang berjaya..hehehe


Sebab dua pasu success..secara rasminya halia selamat menjadi penghuni pasu ketiga

Lidah buaya & daun sup  tanam 10 Oct, Halia tanam 26 Oct :)
Happy2 sebab ada perkembangan baik... cukup 3 pokok dulu..insyaAllah kalu berjaya tumbuh dengan baik boleh tambah pokok yang lain.. yang tak remeh penjagaannya... tak perlu banyak2  sebab saya takdelah rajin nak membelek pokok hari2...wait and see okey :)




No comments:

Post a Comment

My HeartBeat