Pages

28.10.15

Sarapan Pagi | Sandwich Sardin

Masa awal-awal kitaorang bertapak kat Cyberjaya aiyohh tercekik tengok harga makanan dia.
mak aihh boleh tahan mahal. Beza kot kalau dibandingkan dengan USJ Subang Jaya masih banyak tempat yang ada harga yang berpatutan.
Kenalah berjimat cermat dalam ekonomi sekarang..
Pikir cara nak jimat budget..

Nah....menu pagi hari ini....sandwich sardin
Bahan mentah sudah dibeli....potong-potong semua dekat pantry office..

Selalunya tiap-tiap pagi menu sarapan mesti berbeza.
Kalau sempat ada yang memasak...
Tak cukup masa beli terus pun senang
Cukup bulan kutip duit collection buat modal penyediaan makanan..

Tengok kitaorang siap ada pembakar sandwich.. baru lah umpphhh dengan bau nya yang semerbak..

Team sarapan pagi yang manis dan ceria..haha..tak cukup korum lagi tu..ada tengah sibuk menelek kerja..sebelum mula kerja kitaorang akan makan beramai-ramai kat situ.. suka-suka kan buat situ port makan..
Baguslah apabila konsep kerjasama dan perkongsian di aplikasikan yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.


No comments:

Post a Comment

My HeartBeat