Pages

14.10.15

Umpan Ikan

Amboiii kemain semangat cik abe saya prepare barang2 memancing ..
Nak test skill menarik ikan di lombong katanya...
Yelah dah ari2 dok pandang area port mancing mau member tak tergugat..haha
Tengah dia dok  sibuk mengadun bahan, saya pun apalagi ambil peluang suruh dia cerita cara2 nak buat umpan dari bahan2 yang dibeli tu...

Bahan utama yang perlu semestinya ROTI.. jenis2 roti bergantung kepada lokasi pancing.. kalau di lombong pilih roti yang lambat kembang berbanding kolam biasa roti yang sedikit lembut pun tak jadi masalah.
Ehhh esen pisang pun wajib ada ye..

Okey mula2 roti dipotong memanjang2.. haii bersabar la nak buat kalau roti tu dalam kuantiti yang agak banyak..huhu

Ingatkan dah siap.. belum2 kena potong kecil2 lagi....hai remehnya keje..
Isikan dalam satu bekas khas nanti nak campur bahan2 yang lain 

curahkan pes pandan ke dalam bekas...Pes Pandan tu nak buat sendiri boleh tak pun cari kat kedai pancing pun ada...once pes pandan bersatu bersama roti waduhhh bau dia giler wangi kot... memang ikan pasti tertarik menarik punya lahhh..

agak2 warna dia rata  kira cun la tu..

Lepas tu campurkan dengan sedikit kelapa parut ke dalam bekas tu....jangan lupa perah sedikit santan dia  keluar.. macam main masak2 pulak.. 


Adunan umpan akan diperam semalaman bagi menaikkan aroma yang bisa menambat hati ikan2 di lombong nanti...mana esen pisang??? okey esen pisang last elemen yang akan diletakkan ke dalam adunan selepas disimpan semalam..means esok nak pergi mancing baru letak.

agak2 camner nak pasang umpan tu kat mata kail?? meh nak tunjuk demo kejap. sediakan mata kail..


masukkan satu persatu roti kecil ke dalam mata kail macam dalam gambar....
 Nak buat umpan gini seeloknya buat sehari awal bagi mendapatkan hasil yang terbaik barulah diaorang  betul2 sebati.. selalunya kan umpan gini sesuai digunakan untuk mancing ikan patin...
Mudah kan nak buat umpan gini..bahan2 pun senang nak beli kat mana2 kedai.



1 comment:

  1. wah.. ikan pun demand nak makan yang sedap sedap n wangi wangi... hehe...

    ReplyDelete

My HeartBeat