Pages

15.12.15

Karipap King Kong

Terima kasih MB Selangor sudi bagi kitaorang cuti extra semalam..
Cuti2 duduk rumah sesajer bosan kot, alang-alang adik saya ajak tengok rumah baru dia.. apalagi kitaorang on jer. Tengoklah Puncak Alam sekarang makin 'havoc' dengan kawasan2 perumahan baru..kemain kan happening dulu2 hutan kiri kanan..seram jer nak lalu..
Kenderaan pun dah berpusu-pusu keluar masuk..yelah nama dah 'up'..tentu2 jadi tumpuan dan perhatian ramai.
Dari jauh ternampak banner Karipap King Kong tergantung pada salah satu gerai kat tepi jalan. Buat-buat jual mahal la mula-mula tu kononnya.


Sekali masa perjalanan nak balik tu mak saya ajak singgah sekejap.. sedap katanya. Mohlah cuba Karipap Kong Puncak Alam. Tengok saiz karipap tu pun wahhh kemain besar... sangat mengamit selera bila tengok.



Terdapat dua pilihan isi karipap iaitu ayam dan daging. Harga???Boleh tahan la RM4.50 seketul. Alah sesekali nak rasa sila pejam mata...hehehe



'Portion' dia agak besar jadi seketul pun boleh kenyang.. tapi kalau perut memang tengah kosong memang kena ngap seketul dua lagi kot......haha.. memang sedap bolehlah kalau lain kali terasa nak membeli...recommended.