Pages

9.12.15

Anak Pokok Buah-Buahan Mardi

Ada pesanan dari makcik-makcik saya minta carikan anak pokok buah-buahan kat Mardi. Diaorang memang rajin berkebun kalau boleh keliling rumah nak tanam macam2..Okeylah sebab kebetulan tengah cuti sebab ada hal nak buat di Serdang molek benarlah tu nak singgah membeli apa yang patut. 
Mardi tu kan agak luas tanya pakcik guard kat mana kawasan nak beli anak2 pokok.. okey terus dia bagi direction yang tepat.

Masuk dalam BB Shoppe staff dia suruh pilih anak2 pokok yang berkenan kat kawasan luar.. kat dalam ada jual benih-benih sayuran berbuah seperti bendi,terung, kacang panjang, timun, cili kulai dll. Harga cuma RM2 sepeket.




Pilih2 mana yang berkenan..tempat agak luas boleh tour sambil keluarkan peluh..exercise gitu..




Hampa sangat sebab apa yang dicari tak de stock!! huwaaa nangis... kitaorang cari anak pokok pisang tanduk dan anak pokok durian belanda tapi dah habis diborong pula.. memang mendapat permintaan ramai.. kalau nak kena datang lagi tapi diaorang pun tak sure bila stock anak pokok sampai.. 



Takde rezeki la kita makcik.. tapi nak beli anak pokok buah-buahan macam mangga, jambu batu, limau, durian, rambutan, dll semuanya ada di sini.




Kalau jauh dari Serdang boleh datang ke Stesen Mardi Jalan Kebun.
Ikut apa kata staff Mardi diaorang akan start semai anak benih di Mardi Jalan Kebun. tapi apa pun sebelum terjah telefon dulu kalau tak pulang dengan tangan kosong macam saya..hahaha

Alamat lokasi:-
Ibu Pejabat Mardi Serdang
Persiaran MARDI-UPM
No Tel: 03 - 8943 7464 / 8943 7311

Stesen Mardi Jalan Kebun
Jalan Kebun, Batu 7 Kampung
41000 Klang
Selangor
No Tel: 5161 15888



No comments:

Post a Comment

My HeartBeat