Bekerja di hari minggu sebab ada opening day di Institut Latihan Perindutrian Kuala Langat (ILP) dan company me ada buka booth di sana sebab nak cari pekerja techinican bahagian cabling. Sapa nak cari keje kosong bahagian IT bolehlah apply. Pertama kali masuk ke sini impress jugak dengan kawasan yang luas, facility yang sempurna serta percampuran kaum yang ada kat sini majmuk la kiranya.
Quite happening sebab banyak aktiviti yang dianjurkan seperti konsert, gerai-gerai jualan dan aktiviti sukan. Nampak ramai jugak visitor yang datang berkunjung. Hujan pagi tidak menganggu kelancaran majlis.
Abis duty kitaorang merayau ke morib tengok laut petang. Keadaan cuaca yang agak panas ketika itu membuatkan me tak begitu enjoy nak tengok suasana laut. Mata kuyu nak terkatup rasa nak tertidur kat situ jer..hehehe
Makcik- makcik sedang berlenggang kangkung mencari tempat perlindungan yang beratapkan pokok sebab tak tahan panas.
Menghilangkan kedahagaan dengan segelas BESAR jus oren yang lepas yang minum terus rasa nak pergi toilet pula hah macam-macam..
Part yang paling ditunggu sebab ada orang nak belanja besar... nie kali kedua me makan di Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang. Time ini memang tengah kelaparan yang amat sebab tak lunch dan akibatnya perut masuk angin. Semua tengah bersabar sebab dah 1 jam makanan tak sampai-sampai lagi.. huwaaa...orang ramai time wiken nak buat camner sabar jerlah.
Dah sampai pun makanan yang dinanti-nantikan.. jom kita serbu dan makan dengan sekenyang-kenyangnya.
Sebelum nak balik berlaga pipi dulu..salam-salam dengan kaum wanita je ye. Jumpa lagi lepas ini jika ada rezeki dan kelapangan masa.
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?