Pages

7.6.11

Jatuh Cinta Pandang Pertama

Sejuk saujana mata memandang bila menjejakkan kaki di sini, kawasannya luas menghijau membuatkan me rasa sangat teruja. Dah beberapa kali datang ke melawat sanak-sanak di sini, tapi tak me ketahui rupanya tersimpan satu tarikan bikin hati me cair...





Di kalangan penduduk tempatan ia lebih dikenali dengan nama Tebing, terletak di Teluk Bakong Perak. Fuhh... memang mendamaikan bila berada di sini.. Time nie baru habis kenduri kawin kat rumah sepupu luangkan masa sekejap sebelum nak berangkat balik merayau kat sini.. Jadi korang mesti fahamkan napa me skema berbaju kurung begini...



Cuci mata melihat ternakan yang diusahakan oleh penduduk setempat.. ada kerbau, kambing dan ayam kampung...



Geramnya tengok air sungai Perak nie.... rasa nak terjun......Sabor sabor tak dapat mandi ada satu benda yang istimewa kat sini.



Kitaorang bukan main suka-suka celop kaki dalam air tapi sedang membuat spa kaki, ikan- ikan comel datang cari makan kat kaki.. Geli pada awal-awalnya tapi rasa sedap pula bila digigit oleh ikan-ikan tersebut..



Walaupun singkat tapi ia pengalaman terindah dan plan nak datang lagi ke sini bila ada masa yang mengizinkan.




6 comments:

  1. free spa ?... terbaekkk... ;p

    ReplyDelete
  2. wow!!! damainyer...dan terase rindu kat kg..hihihi...ikan ape yg gigit tu???

    ReplyDelete
  3. maria : serius terbaik..
    eisha : tak sure namanya.. kalau bawak sauk memang dah rembat bwk balik rumah..heheh

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat free fish spa.. hihi..

    ReplyDelete
  5. whoaaa ! besh nyer sis .. i likeee tempt2 damai cam uh ..btw , one day kita ramai2 lepak tempat style kampung yew ..

    ReplyDelete
  6. best gile...tak sangke kak shida suke aktiviti cam ni, almaklumlah org KL....bagus....ha3

    ReplyDelete

My HeartBeat