Pages

4.6.13

Bersama Ryders Red FM

Lunch tadi tengah jalan balik ke office tetiba disapa Crew Ryders Red FM...opss apa kes yoo??ingatkan apa bendalah rupanya kat sini adalah Pit Stop tengahari diaorang, ada free gift untuk pendengar Red FM. Dah kitaorang kebetulan lalu sebelah kenderaan Red FM maka terjebaklah kami dengan benda alah nie. No hal la kitaorang kan sporting.. 
Nak free gift kena jawab soalan dulu. Soalan yang diaorang tanya sempoi gak lah, apa frekuensi Red  FM, siapa DJ Red FM dan Facebook Red FM..errkkk ambik kau sila jawap tapi nama pun bukan pendengar setia haruslah mengagau cari jawapan. ala bukan susah pun jeling jer kat kenderaan Red FM tu nak dapatkan jawapan...bijak tak bijak tak??hehehe
Hasil nya dapatlah free gift yang tak seberapa nie..dulu pernah kejar skuad perodua era fuhhh lagi gempak barangnya tapi bolehlah nie dapat tiket wayang cerita "pee mak" dan majalah CLEO..


Tiket wayang sedekah kat budak opis sebab tayangan dia malam nie..sah-sahlah tak dapat pergi punya... jaga anak lagi bagus..cuma ralit skit tadi hp tak bawak so tak derlah gambar bersama crew ryders red fm ...huhuhu.