Pages

27.6.13

Ubat Semut

Alamak! Tah bila masa la sang semut mula bersarang dalam rumah, semut halus pula tu aiiish tension tension. Tak boleh tertumpah makanan manis skit gerenti tak sampai 5 minit berbaris semut and the geng datang menghurung kawasan. Time nak pam susu pun kena standby wet tissue siap-siap, pantang menitis skit... haaa laju sang semut menerpa ke sasaran, tu kena cepat-cepat lap lantai.
Paling kesian dekat adriana sampai kena gigit dengan semut.. habis merah-merah tangan dia.. tah bila kena pun tak perasan...tengok-tengok dapat cenderamata huwaaa. Spray dengan ridsect tak jalan, sembur dengan serai wangi pun hasilnya tak ok..aduiiih camner nak buat nie?? last-last beli ubat semut..tak pernah cuba lagi kemujaraban dia.

Beli dekat Pasar Tani. RM10 untuk 4 keping.


Tengok isi dalam, rupa macam biskut hancur.

Mudah sangat, tabur jer kat spot yang sesuai. Kena jauh dan selamat dari dicapai anak kecil. Me letak tak sampai setengah hari pun lepas tu kena sapu la balik lebihan ubat nie.
Alhamdullilah, kesan dia positif sangat. memang tak nampak dah semut halus bermaharajela. Legalah nak biarkan budak kecil tu bergolek sana sini...




No comments:

Post a Comment

My HeartBeat