Pages

3.3.14

Hangus Terbakar

Sabtu lepas weols nak pergi jalan-jalan makan angin. Masuk je Highway Kesas, kelihatan dari jauh asap hitam berkepul-kepul. Uik apa yang terbakar tu..muskil sungguh! Tah-tah ada orang bakar sampah kot.. agak2lah kan musim2 panas nie. Masing-masing mula memperlahankan kelajuan, halangan di hadapan membataskan kereta bergerak lancar.


Asap makin menebal. Scary bila tengok.

Dah dekat baru nampak.. ada kenderaan terbakar rupanya.. polis peronda pun ada standby control traffik  Satu lorong terpaksa ditutup atas sebab-sebab keselamatan. 

Berdebar-debar gak nak lalu sebelah kenderaan terbakar tu, takut kalu meletup ke apa..dug dag jantung. sabar jelah sampai ke situ pikirnya..hehehe.

Habis satu lori terbakar, habis rentung. memang tak boleh selamat apa. Nampak ada sorang laki dok mencangkung seperti sedang menenangkan diri maybe driver lorry kot.. mesti risau apa nak menjawab kat bos besar.. huhu.


Masa betul2 lalu sebelah lori, bahang dia terasa sampai ke kereta.. fuhhh panas.
Terbakar kat laluan kitaorang tapi line sebelah yang panjang berjela jem dia.



1 comment:

  1. line sebelah tu konfem jem sebab nak tengok apa jadi.. selalunya mcm tu lah.

    ReplyDelete

My HeartBeat