Pages

10.2.15

Berasap

Tengah melayan kerja depan laptop tetiba terdengar siren bomba berbunyi....makin lama2 makin dekat. Try jengah kat luar tingkap yelah jarang2 diaorang lalu sini...molek kereta bomba parking depan deretan bangunan opis. Sah2 la kan me tertanya2 apa berlaku. Apalagi me terus pergi bawah nak menyiasat apa kes.
Mak aihhh.. dari jauh nampak asap dari kedai saloon rambut.. mintak2 lah takde terbakar ke apa. Dalam takut2 tu kaki makin lama makin melangkah ke depan. Busy body betul la pula..haha



Ambik kau.. pandangan asyik terhalang sedar2 berdiri baik punya depan. Nampaklah bomba2 masuk dalam periksa keadaan kedai. Wah.. banyak budak2 muda join bomba.. eloklah tu ada pelapis baru. bukan senang nak jadi bomba nie banyak guna tenaga kederat.


Sambil tengok bomba2 buat kerja.. korek2 cerita dengan orang2 sekeliling. tanyalah apa punca kejadian.. diaorang cakap datang dari heater... maybe ada faktor2 litar pintas la tu. Kesian mamat cina yang pakai t-shirt hitam tu, gara2 kejutan elektrik rambut dia terbakar skit..nasib tak kena muka ko kalu tak hilang ensem.

Terdengar bomba sok sek sok sek dengan pekerja kedai nak pecahkan dinding belakang sebab asap dalam kedai terlalu tebal menyebabkan sedikit kesukaran bomba nak periksa kot2 ada api.
Mujurlah takde apa kejadian serius berlaku.. me pun tengok kejap ajer....dapat gambaran serba sedikit cukuplah....terus naik opis sambung kerja.



2 comments:

My HeartBeat