Pages

25.2.15

Kereta Kecil

Boleh perasan dari umur setahun, adriana dah menunjukkan minat dia terhadap kereta mini..Paling rajin melayan permintaan si budak kecik nie haruslah daddy dia. Setiap bulan asal pergi supermarket beli barang dapur tak sah kalu kaki tak menyinggah section "games & toys" apalagi pencarian kereta baru ler tu.

Tak yah cari yang mahal2 yang murah pun okey, Janji tahan lama betul tak.

Bila sesekali datang mood rajin adriana..ha ginilah aktiviti  dia.. susun atur kereta2 berbaris pjg2. so far dia pandailah jaga harta mainan sendiri.. legalah sikit kurang risiko nak cepat rosak..bagus2 save skit duit mummy daddy..haha

Sebahagian daripada koleks kereta adriana.. tak boleh keluar semua sekaligus nanti bersepah rumah.
Dah puas main mainan, me akan pastikan adriana kemas balik semua2 tu masuk dalam bakul. tapi setakat kutip dua tiga ketul lepas tu lost fokus... buat tak dengar arahan..aihh sabar jerlah sebab mummy dia la yang kena mengemas balik.. bertuah punya anak. hehe