Pages

17.8.15

Rak Kasut

Nak tunjuk rak kasut yang baru sampai kat office aritu.. kitaorang memang tak pakai kasut dalam office...shoeless gitu. Sebelum nie kasut main tinggal kat tepi pintu tahu jerlah bila banyak kasut2 parking kat lantai kan nampak serabut dan tak sedap mata memandang..
Pandai order warna biru mengikut theme corporat, ala2 bagi ketenangan kan. Barulah cantik tersusun dalam takdelah kasut bersepah2 sana sinun malu dek visitor kang nanti..hehehehe...


Mula2 datang togel tak bernombor..sudahnya masa nak balik ada yang tercari-cari kat mana kasut diaorang tersimpan..lupa kotak mana satu..nasiblah kena buka satu2 cari..hahaha
Senang sekarang semua box siap2 bernombor..kalu tak jumpa jugak balik berkaki ayam jerlah. Tapi satu jer kekurangan rak kasut style gini.. Kalau nasib tak baik tershare dengan orang berkasut penuh.. ko tunggulah saat2 nak buka kotak tu..pehhhh bau kepam kasut semerbak keluar...huwaaa nak pengsan mak dibuatnya...hahaha.



No comments:

Post a Comment

My HeartBeat