Pages

30.9.15

Burasak

Dari jauh ingatkan pengat pisang tapi sebenarnya ia adalah "Burasak" masakan popular dari suku kaum Bugis. Selalunya akan dimasak semasa hari raya atau hari2 perayaan tertentu. Rezeki okey dapat dapat menjamah masakan yang dibawa khas dari Sabah. First time me dengar dan merasa burasak nie..

Boleh dimasak menggunakan beras dan pulut. Ikutlah selera masing2 mana yang suka..tapi me prefer pulut sebab nasi tu jadi keras dan sedikit berderai. 

Nak makan burasak nie kena ada geng dia barulah rasi orang kata. Memperkenalkan ayam masak lengkuas sebagai teman setia burasak..memang in makan gini beramai2..

Burasak nie kena masak di dalam daun pisang. Ikat dengan tali rafia dah boleh terus rebus.. tunggu dia masak betul2 dan apalagi yum2 ler kita! tapi kalu nak kahwinkan dia dengan serunding daging pun alohhh meletup punya..

Mekasih yer officemate saya syahirah bertudung biru yang bawa special food untuk kitaorang breakfast hari nie..sesekali dapat mengenali masakan tradisi orang lain uiish untung ler kan..