Pages

11.9.15

Sysaban Arabic Cuisine

Dekat Cyberjaya nie bersepah-sepah restoran Arab.. pusing kiri pusing kanan sah2 terjumpa sebiji dua kedai dia.. memang port makanan Arab sungguh. alih2 orang yang tekak melayu nie meraban nak mencari lauk kampung pasal payah nak jumpa..hehehehe
Paling famous dan menjadi sebutan ramai dah tentu Restoran Saba...yelah makanan dia memang sedap, haruslah orang mencari2. Alang2 kat sini banyak pilihan jangan malu2 nak cuba restoran arab yang lain..mana tau jumpa yang lagi umppphhh...
Lunch tadi makan Nasi Arab kat Restoran SySaban Cyberjaya. Memang banyak pilihan makanan dia.....tapi biarlah peminat tegar nasi arab yang buat order sebab rambang mata tengok dah nie..



kitaorang order sejag air orange bersama 1 medium kabsa chicken rice + 1 medium kabsa lamb rice yang bersatu di dalam satu large pinggan.. haa sharing is caring gitu.. sebab nasi arab quantity dia banyak..nasi pun gebu2 cepat kenyang okey...kalu order sepinggan2 bercinta nak habiskan.

yummmsss... kuih tomato dia not bad. siap minta tambah.. kambing die lembut.. 
 

Boleh la kalau nak datang makan lagi kat sini.. kena selera kitaorang.. 
Total : 78.35 harga makanan tadi

Address: Suite 4805-07-08,CBD Perdana 2, Jalan Persiaran Flora, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia


No comments:

Post a Comment

My HeartBeat