Pages

9.3.17

Tayar Pancit Lagi

Kisah yang berlaku masa cuti Thaipusam bulan lepas, Alang-alang cuti, kitaorang satu family plan nak keluar pergi 'shopping'. Elok-elok jalan ke tempat parking terperasan tayar kereta belakang kereta dah pancit sebelah.
Ahh sudah, semalam petang elok jer tayar kereta nie,  Tak semena-mena time kita nak keluar dia pancit pulak. Tanpa berlengah lagi, encik suami terus keluarkan tayar spare kat dalam bonet. Dah tak boleh nak gerak kemana, terpaksalah tukar ke tayar sementara.


Belum selesai masalah nie sebenarnya.. lepas sessi tukar tayar, kena pergi bengkel kereta untuk proses seterusnya. Nak tau, apa punca yang menyebabkan tayar kitaorang pancit?? nie ha besi penyebab yang hampir seinci panjang dia. menyucuk tayar mana tak pancit kan.



Aiii.. tangan comel sapa tu kalu bukan adriana yang sibuk nak pegang besi tu.. 



Sebab kebocoran pun sedikit cuma tampal jer tayar yang pancit tu..Tak payah nak tukar baru.. Kos dalam RM5 sahaja. Lepas tu dah boleh guna semula tayar yang asal tadi. Masalah selesai dah boleh jalan-jalan. hehehe.