Pages

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

7.4.14

Sepupu Kahwin

Phewiit.. bila pengantin merempit.. very the wow gitu. Pengantin perempuan tu adik sepupu me yang baru naik pelamin last week.. time nie kenduri belah lelaki dekat Kedah.. ermm tapi tak pun follow rombongan menghantar sebab ada hal lain.....uhuk uhuk . Dapat tengok pengantin berpose atas motosikal jerlah.. dah nama pun peminat moto besar siap geng2 depa iring pengantin you..vromm vromm!.. Selamat pengantin baru uols.. semoga bahagia hingga ke jannah..amin.



4.4.13

Majlis Persandingan Adik Bongsu

Kelab Golf Monterez Subang menjadi lokasi persandingan mempelai. Buat satu majlis.. pihak perempuan dan pihak lelaki combine majlis sekaligus, senang jimat belanja dan masa. Okey jer janji dua-dua belah pihak tak banyak songeh dan apa yang penting kerjasama..
Kitaorang sewa bahagian atas dan bawah club. Luas sikit. Pengantin bersanding kat naik bahagian atas kalau nak tengok kena exercise naik tangga sikit..

Pengantin bersanding comel ...pelamin dia fuyooo cantik kan.. combination colour masuk.



Bertuah sungguh budak kecik nie...tidur....tidur dan tidur langsung tak heran bunyi bising ke apa...kuat tidur lak hari nie maybe penat sangat penangan kitaorang bawak dia jalan-jalan midvalley semalam..

 


aikk layu je mata tu...nak sambung tidur lagi nampaknya.


 
Booth yang menjadi tumpuan ramai... kena serbu sokmo.....taulah mesti diaorang geram tengok chocolate fountain tu.....menjejeh-jejeh choco keluar.... apa yang uols nampak atas meja semua Do It Yourself (DIY)....sdn bhd punya.. amacam meletup tak hasil creativity adik dan sedara me.

 

Alhamdullilah, majlis bermula dan berakhir dengan baik walaupun ada sedikit issues dengan pihak katering. Panjang ceritanya.. hehehee.. my parent sedikit kecewa dengan service caterer nie. kenduri-kendara sebelum-sebelum ni selalu kitaorang hired diaorang tapi lepas nie sorry naik lorry ler. deleted terus.




Nikah Session - Adik Bongsu Kahwin


Bertambah lagi menantu lelaki dalam family, adik bongsu baru mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya ahad lepas, langkah bendul sebab langkau brother/sister yang belum kahwin lagi.. dah jodoh awal so jalan dulu.
Sepatutnya nikah di masjid tapi last minute venue tukar sebab ada orang meninggal. Nikah di rumah kalut la mengemas mana yang patut.. Sharp 9pagi pengantin lelaki dah stand by dengan ahli rombongannya....walla terbaiklah time management diaorang.. very punctual gitu.


Hantaran kedua belah pihak




Dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri...

  




Lepas nikah.....ready ke majlis persandingan di Kelab Golf Monterez.. zroommmm..zrooommm

 

23.12.12

Wedding Shah & Iyda | Teluk Panglima Garang

Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai yang sedondon berbaju biru gelap. Amboi sama cantik sama segak gitu. Boleh kitaorang sesat time nak datang kenduri diaorang nie.. tulah percaya sangat "google maps" sekali hampeh dia bagi salah direction. 
Terpaksalah berhenti tepi jalan tanya orang sekitar, mujur ada yang tahu... bila dah masuk arah yang betul baru nampak tanda arah yang diletakkan tuan rumah.. ...ke kanan... jalan jumpa lagi  ke kiri... terus dan jumpa rumahnya...macam  main "treasure hunt"  lak bila jumpa 3-4 kali tanda arah jalan.












Miss nak tengok kemeriahan pengantin berarak..... habis dah sesat. Tapi tak pe janji dapat bergambar dengan pengantin dekat pelamin. Sempat jumpa "minah rempit girls"......miss them so much!! lama giler tak jumpa /chit chat. Pergi memana sempoi naik motor perghhh salute dengan kecekalan awek-awek motor nie.. Nyampah tengok condition jalan raya sekarang banyak berlubang / berlopak , bahaya kat pengguna jalanraya terutamanya "penunggang motosikal"...


Buat Shah & Iyda, semoga berbahagia sehingga akhir hayat. Untung depa nie balik raya tak yah gadoh-gadoh, tak yah rebut-rebut almaklumlah jiran sekampung... Pusing-pusing pun situ juga :) hehehe..




6.12.12

December Musim Orang Kahwin

December datang lagi maka berduyun tiba pengantin baru yang naik takhta pelamin almaklumlah bulan paling glamour dengan majlis perkahwinan. Tengah-tengah cuti sekolah panjang sakanlah mak bapak dok planning acara berhimpun beramai-ramai bersama sanak-saudara. Mana-mana yang jauh dirapatkan, masa mengenal sepupu sepapat yang jarang berjumpa, kang berselisih bahu tengah jalan pun tak kenal siape.

Ada beberapa undangan majlis perkahwinan yang me terima bulan nie.. Tahniah kepada bakal pengantin. InsyaAllah ada kelapangan dan keizinanNya me sampai :)






13.10.12

Undangan Majlis Perkahwinan | Taman Meru Klang

Menuju ke lokasi majlis di Taman Meru Klang, Dari jauh dah kedengaran muzik menyambut ketibaan tetamu. Hujan renyai-renyai namun tidak menganggu kelancaran majlis 







Selamat Pengantin Baru buat Fazreeq dan pasangannya Leez
Warna tema ungu uols tampak sweet sekali ^_^

 

Insiden pengantin tersalah posisi mujur ada menegur :)
tapi pengapit pula terlupa nak beralih tempat.. aiseyman hehehehe




Cuaca sejuk bikin perut lapar dengan cepat....Makan time...






Tahniah.....Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat!!




12.3.12

Malek Noor Bertemu Jodoh











Kebahagian terserlah diwajah bekas juara bina badan Asia, Malek Noor yang selamat dinikahkan dengan isteri tercinta. Biar pun bertemu jodoh pada usia yang agak veteran ia tidak menjadi penghalang menyemai kasih sayang antara mereka.. Tahniah kepada kedua-duanya, semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa... Amin.


Lagi berita selanjutnya.


PETALING JAYA: Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor,56, akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail,52.

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.

Dr Wan Asma bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.


Dr Wan Asma memberitahu berliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki.

Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

“Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu,” katanya.

Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur.

“Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula,” ujarnya.


Sementara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang.

Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun hidup menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.

Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin.

Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).


credit : Mstar




23.10.11

Majlis Perkahwinan Dania & Afif

Memenuhi undangan ke majlis perkahwinan rakan husband me yang bersanding di Dewan Banquet UPM. Kehadiran tetamu disambut dengan gantungan banner yang cukup cantik di luar pintu.




Aunty cina yang duduk semeja dengan kita orang offer tolong tangkapkan gambar kami dua.. baik kan dia :).


Raja sehari yang sedang santap di meja pengantin. Pengantin sempat bagi isyarat ajak bergambar atas pelamin lepas makan tapi sorry tak dapat nak lepak lama-lama. Snap picture pengantin jelah ye :)


Rekaan pelamin sungguh indah tapi sebab nak pulang awal tak dapatlah nak posing kat sana..huhuhu.


Kami mahu pulang dulu ya.. cuaca panas membahang waktu nie. Terima kasih kat tuan rumah sebab sudi menjemput kami :)


Tahniah kepada Dania dan Afif diatas perkahwinan kalian berdua. Semoga bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.



8.7.11

Kad Kahwin Farah AF2


Kalau pernah mengikuti siaran Akademi Fantasia 2 pasti ada yang masih teringat dengan tagline "breep breep". Gadis lincah yang kini manis bertudung bakal menamatkan zaman singlenya Julai ini dengan jejaka pilihan hati.
Seperti dah jadi trend artis sekarang, masing-masing berlumba nak bikin kad kahwin yang kreatif belaka.
Cantik dan unik gak kad kahwin Farah Diana Anuar ini yang berbentuk kipas tangan





2.7.11

Gambar Perkahwinan Tomok dan Isteri

Detik-detik yang ditunggu telah tiba buat Tomok yang telah selamat diijabkabulkan dengan wanita kecintaan beliau, Siti Rahayu. Bertuah tomok dapat isteri yang cun melecun gitu.... nampak begitu sepadan mereka berdua.. Tahniah semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Jom layan gambar-gambar Tomok dan isteri di hari istimewa mereka.


Sekitar Majlis Pernikahan Tomok dan Isteri












Sekitar Majlis Persandingan Tomok dan Isteri