Pages

23.10.11

Majlis Perkahwinan Dania & Afif

Memenuhi undangan ke majlis perkahwinan rakan husband me yang bersanding di Dewan Banquet UPM. Kehadiran tetamu disambut dengan gantungan banner yang cukup cantik di luar pintu.




Aunty cina yang duduk semeja dengan kita orang offer tolong tangkapkan gambar kami dua.. baik kan dia :).


Raja sehari yang sedang santap di meja pengantin. Pengantin sempat bagi isyarat ajak bergambar atas pelamin lepas makan tapi sorry tak dapat nak lepak lama-lama. Snap picture pengantin jelah ye :)


Rekaan pelamin sungguh indah tapi sebab nak pulang awal tak dapatlah nak posing kat sana..huhuhu.


Kami mahu pulang dulu ya.. cuaca panas membahang waktu nie. Terima kasih kat tuan rumah sebab sudi menjemput kami :)


Tahniah kepada Dania dan Afif diatas perkahwinan kalian berdua. Semoga bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.